Branded
Skincare Dalam Makeup? Seriusla?! Ohmedia Cuba Sendiri Rangkaian Noutriwear+ Dari Y.O.U Beauty. Ini Hasilnya…
Oleh
“Aduh makeup aku crack la, penatlah nak touch up. Confirm nampak bercapuk nanti”
Kaum wanita mesti faham kebimbangan solekan merekah, ini terjadi atas beberapa faktor seperti kulit wajah yang senang berpeluh atau yang selalu terjadi ialah penggunaan produk yang salah.
Kadang-kala terdapat sesetengah wanita juga yang malas untuk ‘prep’ muka dengan produk penjagaan wajah sebelum mengenakan solekan. Ini menyebabkan solekan mereka bukan saja mudah hilang malah menimbulkan masalah lain pada wajah seperti acne dan menyebabkan pori-pori tersumbat.
Tapi dengan kemajuan teknologi hari ni, korang tak perlu mengikut rutin yang rumit kerana sekarang ni series Noutriwear+ dari Y.O.U Beauty mempunyai rangkaian alat solek yang menggabungkan kedua-duanya sekali. Best tu!
Noutriwear+ serlah kecantikan dari dalam
Mungkin ada dalam kalangan korang yang masih tak familiar dengan rangkaian Noutriwear+ ni. Kalau korang nak tau, Noutriwear+ merupakan hero series daripada jenama produk kecantikan Y.OU Beauty tau.
Apa yang menarik mengenai produk ni sehingga berjaya menarik minat Ohmedia ialah teknologi di sebalik produknya. Ia dibangunkan dengan teknologi Litestay™ yang diinfusi bersama Immortelle C-Lock Essence dan Ekstrak Centella Asiatica yang bertindak melindungi dan menyuburkan kulit dari dalam.
Selain tu, bahan Soft-light Diffusing Powder, merupakan satu lagi bahan ‘ajaib’ yang bertindak secara optikal membantu memudarkan pori terbuka, garis halus dan cela pada wajah, menjadikan kulit muka tampak flawless dan smooth je.
Kalau korang nak tau Immortelle ni merupakan kandungan yang digunakan oleh satu produk penjagaan wajah yang terkenal L’Occitane.
Bayangkan korang boleh menikmati kebaikannya dalam produk Noutriwear+. Dengan bahan yang berkualiti dan boleh dimiliki pada harga yang berpatutan, Ohmedia cuba sendiri series Noutriwear+ dan ini review jujur kami!
Noutriwear+ Velvet Liquid Foundation
Sebagai seorang wanita, min boleh cakap yang foundation ni merupakan salah produk kecantikan wajib ada dalam rutin kecantikan seharian. Foundation bukan saja bertindak menutup cela seperti parut dan pori terbuka malah membantu tingkatkan keyakinan diri.
Jujur kami katakan, tak semua foundation yang min guna mampu bagi full coverage dan ada juga yang bila pakai untuk waktu yang lama, nampak cakey pula. Malu tau!
Tapi lepas gunakan Noutriwear+ ni, ia merupakan turning point dalam rutin kecantikan kami. Immortelle C-Lock Essencenya membantu meningkatkan keanjalan kulit. Membuatkan wajah tampak kekal segar walaupun selepas seharian bekerja. Dengan teknologi inovatif Litestay™ ia membantu solekan kekal sehingga 24 jam.
Bayangkan min ke pejabat, keluar jumpa client dan siap dinner dengan kawan-kawan. Bila balik rumah nak cuci muka, solekan di wajah nampak masih segar.
Antara benda yang min suka dengan Noutriwear+ Velvet Liquid Foundation ni dari segi teksturnya ia lebih pekat berbanding foundation biasa tapi bila pakai pada wajah terasa ringan, tidak meninggalkan rasa rengsa dan membantu mengawal minyak tanpa mengeringkan wajah. Kemasan velvet mattenya memberikan liputan penuh, hanya dengan satu pam, ia mampu menutup cela di wajah, garis-garis halus kat mata terus tak nampak tau!
Paling kami suka tentang produk ni semestinya formula penjagaan kulitnya yang membantu menghidratkan kulit serta menjadikan tona kulit nampak sekata. Noutriwear+ Velvet Liquid Foundation juga mempunyai SPF25 & PA+++ bagi membantu kulit wajah daripada terdedah kepada sinaran UVA dan UVB yang berlebihan. Ni girls korang WAJIB ada okay!
Noutriwear+ Silky Pressed Foundation
Untuk yang sibuk bekerja ke sana-sini dan perlukan produk kecantikan on-the-go, Noutriwear+ Silky Pressed Foundation mesti ada dalam beg tangan korang. Untuk kami yang kulit jenis berminyak ni, kami suka sangat pressed powder ni yang membantu menyerap minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Takdelah wajah nampak oily dan shiny.
Dengan bahan Soft Light Diffusing Powder pula, kemasannya tampak kemas pada kulit dan membuatkan wajah seakan-akan photoshop dengan menaikkan seri wajah semula jadi korang. Lepas guna pressed powder ni, bila ambil gambar pun tak perlu guna filter.
Kandungan Immortelle C-Lock Essence dan Ekstrak Centella Asiatica pula membantu kulit untuk kekal hidrat. Korang yang ada kulit berminyak tu, jangan takut nak cuba tau!
Noutriwear+ Airy Fit Loose Powder
Perkara yang menjadi kerisauan bila menggunakan solekan untuk jangka masa yang panjang ialah muka menghasilkan sebum yang membuatkan kulit wajah jadi berminyak dan menyebabkan pori bertambah besar.
Dengan Noutriwear+ Airy Fit Loose Powder korang tak perlu bimbang lagi teknologi Soft Light-diffusing Powder akan membantu menyerap minyak berlebihan. Teksturnya yang hanlus dan ringan bukan hanya dapat membantu mengawal sebum malah mengekalkan solekan sehingga 24 jam.
Noutriwear+ Airy Fit Loose Powder sesuai digunakan untuk sebarang warna kulit kerana warnanya yang transparent. Kalau korang apply Loose Powder ni selepas guna foundation, ia akan bantu untuk ‘set’ solekan korang tanpa menjejaskannya. Paling best kan, ia membantu memudarkan kesan garis-garis halus, kedutan dan juga pori tau.
Noutriwear+ Complete Cover Concealer
Selain foundation, ada satu lagi alat solek wajib yang korang kena ada iaitu concealer. Selalunya bila tiba je waktu-waktu tertentu dalam kehidupan wanita, mulanya hormon jadi tak stabil dan keluarlah jerawat.
Paling tak best jerawat selalunya akan tinggalkan kesan yang lama nak hilang. Tapi takpe dengan Noutriwear+ Complete Cover Concealer korang tak perlu bimbang lagi. Bukan hanya tolong cover parut, dengan teknologi Litestay™️ dan Immortelle C-lock Essence ia bantu concealer tahan lebih lama di wajah tanpa mengeringkan kulit.
Aplikator lembut bersudut 30° menjadikannya mudah digunakan di sekitar celah mata dan bahagian hidung.
Kadang-kala kalau malas nak makeup, boleh juga gunakan concealer ni sebagai liquid foundation, dab je kat bahagian yang anda nak cover. Korang juga boleh menambah fungsi concealer ni menjadi kontur. Tapi jangan lupa pilih shade yang sesuai ya!
Noutriwear+ Makeup Stay Lock Mist
Ini paling ramai terlepas pandang, sebenarnya ada satu rahsia untuk lock makeup pada muka korang untuk tahan lama iaitu dengan setting spray.
Noutriwear+ Makeup Stay Lock Mist ni memang the best sebab ia mampu mengunci solekan sehingga 12 jam pada wajah, dengan kandungan Filmexel® ia membina lapisan kulit yang mampu bernafas bagi memastikan solekan korang tetap kelihatan segar untuk jangka masa yang lama.
Pam kabus yang halus pula memberikan liputan hampir 90 darjah dan tidak mengganggu solekan sedia ada pada wajah korang.
Noutriwear+ Series kecantikan WAJIB dimiliki masa kini
Lepas menggunakan rangkaian produk Noutriwear+ ni, kami yakin tak nak cari yang lain dah. Menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan teknologi terkini, series seperti inilah yang kita kena support. Kulit sihat, wajah pun berseri.
Walaupun menggunakan bahan-bahan premium, Noutriwear+ yang dijual pada harga yang sangat berpatutan iaitu sekitar RM16.90 – RM45.90 sahaja!
Korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan Noutriwear+ baru dari Y.O.U Beauty hari ini. Dapatkan dari Shopee atau Lazada.
Korang juga boleh dapatkan produk ini di Watsons cawangan berdekatan atau secara atas talian tau! Jangan lupa juga untuk ikuti Y.O.U Beauty di Instagram, Facebook, TikTok dan YouTube!
Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat.