Connect with us

Oh! Media

Set Baju Raya Ibu & Anak Paling Unik Tahun 2021!

Branded

Set Baju Raya Ibu & Anak Paling Unik Tahun 2021!

Kadang-kadang tu hairan jugakan, punyalah banyak seluar dekat dalam almari, tapi last-last kain batik mak juga yang korang rembat haha betul tak?

Boleh dikatakan kain batik ni sebenarnya antara pakaian yang paling selesa untuk dipakai. Kalau tak, takdenya makcik-makcik bawang dekat kampung semua pakai kain batik hahaha.

Korang tengok tu, mak cik bawanglah sebenarnya trendsetter untuk kain batik.

Tapi, pernah tak korang terfikir kalau kain batik yang korang dok pakai hari-hari tu sebenarnya boleh dijadikan tote beg ataupun pelitup muka? Mesti korang tak pernah terfikir pun kan? Haaa, itulah yang kami nak cerita sikit kat korang ni.

Sebelum kami start cerita, cuba korang bayangkan time raya nanti korang pakai pelitup muka satu set dengan baju macam dekat bawah ni, fuhhh gerenti ramai tanya mana korang beli. Buat yang lelaki, bolehlah time raya nanti korang pair kan baju melayu dengan tote beg bawah ni takdelah nampak kosong sangat. Perghhh, auto hero gadis-gadis!

Okay kita sambung huhu, kalau sebut je perkataan ‘Nyonya’ mesti korang familiar kan dengan perkataan tu. Tapi, kalau ‘Nyonya Kain’, korang tau tak apa benda tu…

Untuk pengetahuan korang, Nyonya Kain ni ada keluarkan bermacam-macam koleksi batik tauu. Cakap je apa semua Nyonya Kain ada, dari baju, kain, subang, lanyard, pelitup muka, tote beg sampaikan ke getah rambut pun dia ada chuolls!

Tu baru sikit, mehh kami share lagi gambar-gambar baju yang ada dekat Nyonya Kain ni,

Haaa, dapat bayang ke belum korang pakai baju-baju dekat atas ni time raya nanti?

Semua corak memang eksklusif, takde la korang pergi beraya nanti tiba-tiba baju korang sama corak dengan langsir jiran hahaha. Paling win jubah coklat tu, tak tipu memang cantik weyhh! Tambah kalau pakai dengan shawl warna cream/putih pairing pula dengan rantai panjang. Fuhhh! 

Nyonya Kain Prihatin

Korang semua ingat lagi tak masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masa bulan Mac tahun lepas? Tak dinafikan memang antara moment paling mencabar sekali buat kita semua.

Sampaikan terwujudnya misi-misi bantuan masyarakat seperti #KitaJagaRiders dan #KitaJagaRakyat dibawah naungan Nyonya Kain yang telah sama-sama membantu menyalurkan bantuan melalui tiga badan kebajikan seperti Rotary International, Kechara Soup Kitchen and Charity Righty Malaysia. Perghhh terbaiklah Nyonya Kain!

Rider Grab & Foodpanda yang telah menerima bantuan pelitup muka bagi misi #KitaJagaRiders.

Kalau nak tahu, korang pun boleh sama-sama bantu ringankan beban. Caranya mudah je, korang hanya perlu beli 2 pelitup muka di Nyonya Kain. Kemudian 1 daripada pelitup muka tu akan disalurkan kepada insan-insan yang kurang bernasib baik seperti gelandangan, penduduk di Sabah dan juga para-para pelajar. Tapi, untuk lagi senang korang DM je Nyonya Kain dekat Instagram @nyonyakain.

Semua corak cantik-cantik, tak tipu. 

Alang-alang membeli tu, dapatlah korang beramal sekali. Apatah lagi kalau dibuat dalam bulan mulia ni berlipat kali gandalah pahala yang korang dapat.

Nyonya Kain Lain Daripada Yang Lain

1. Mempraktikkan konsep Zero-Waste 

Korang mesti tak tahu kan, mehhh sini kami nak habaq. Dekat Nyonya Kain ni diorang tak akan buang setiap cebisan sisa daripada lebihan kain batik yang sudah digunakan! Setiap cebisan sisa lebihan kain akan digubah atau digunakan semula untuk ditampal pada produk-produk seperti getah ikat rambut, tote beg, subang, rantai, buku nota dan macam-macam lagilah!

2. Corak Yang Eksklusif 

Kebanyakan corak baju atau kain yang ada dekat Nyonya Kain ni, korang sendiri pun boleh tengok mostly memang semuanya eksklusif dan up-to-date, memang sangat sesuai dipakai pada bila-bila masa!

Buat korang yang suka sangat berfesyen dan selalu nak nampak lain daripada yang lain di hari raya, korang kena dapatkan baju raya dekat Nyonya Kain

Buat para ibu yang selalu nak matching-matching dengan anak, jangan risau sebab Nyonya Kain bersama dengan MyPrettyPlay telah menghasilkan baju raya ibu dan anak dengan design yang paling unik dan semesti cantik dengan macam-macam warna!

Gerenti korang puas hati! Kalau korang memerlukan baju anak-anak sahaja, bolehlah layari Instagram MyPrettyPlay untuk membuat belian.

Nak nangis tengok! Sebab semua warna cantik! Mana korang nak dapat design baju ibu dan anak dengan detailing macam ni? Dekat Jalan TAR confirm takde! Hanya di Nyonya Kain je ada.

Promosi Istimewa Khas Untuk Anda 

Amacam takkan korang tak teringin kot nak pakai Nyonya Kain

Ni kami ada berita khas sikit nak kongsi untuk semua followers Oh! Media. Kalau nak tahu, korang boleh boleh dapatkan 15% potongan harga dekat Nyonya Kain dengan menggunakan kod promosi “NKIMEDIA2021”! Mudah je kan?!

Bayangkan korang pakai pario batik ni dengan baju kebaya putih. Fuhhh, boleh cair si abang melihatmu dikk, agitheww. Apa tunggu lagi guys! CEPAT sebab promosi ni sampai 31 Mei 2021 je! 

Layari laman web www.nyonyakain.com atau follow Nyonya Kain di laman sosial Instagram @nyonyakain.

Pastikan raya korang lain daripada yang lain bersama Nyonya Kain! Ingat raya, ingat Nyonya Kain. #tiber.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas