Connect with us

Oh! Media

Rakam Gambar Mikroskop 60 Kali Dengan Lensa Micro Lens, OPPO Find X3 Pro 5G Flagship Terbaik Di Pasaran!

Branded

Rakam Gambar Mikroskop 60 Kali Dengan Lensa Micro Lens, OPPO Find X3 Pro 5G Flagship Terbaik Di Pasaran!

OPPO melebarkan sayap dalam dunia telefon pintar dengan flagship terbarunya OPPO Find X3 Pro 5G. Jika anda peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan telefon pintar di pasaran, model terbaru ini perlu berada dalam radar.

Bagi telefon pintar OPPO Find X3 Pro 5G, kelebihannya terletak pada reka bentuk berlekuk yang diinspirasikan dari kapal angkasa yang menampakkannya elemen futuristik dan mewah. 

Telefon pintar ini turut dilengkapi skrin jenis AMOLED Dual Curve Screen dengan saiz Ultra Slim 6.7 inci (193 gram, 163.4×74.0x8.3mm) dan dilengkapi ciri IP68 yang kalis air serta debu. 

Didatangkan dengan 2 pilihan warna yang menarik serta eksklusif iaitu glossy black dan biru, tidak hairanlah kenapa Yuna sendiri menyukai OPPO Find X3 Pro 5G ini.

Selami spektrum baru fotografi dengan OPPO Find X3 Pro 5G

Menarik tentang OPPO Find X3 Pro 5G ini, ia bakal menjadi telefon Android pertama dengan format warna 10-bit DCI-P3 yang dapat memberikan ketepatan warna dihasilkan, ia dapat merakam peralihan warna yang sempurna, dari warna kulit sehingga langit dan matahari terbenam.

Ciri pada Find X3 Pro AI Scene bijak mengenal pasti pemandangan dan menyesuaikannya dengan tona warna yang seakan sama. Ini menjadikan rakaman gambar anda seakan hidup seperti suasana sebenar.

OPPO Find X3 Pro 5G kemudiannya akan merakan gambar, menyimpan dan menghasilkan warna berdasarkan format 10-bit. 

Dua kamera utamanya mampu merakam lebih 1 billion warna dan menghasilkan gambar yang seakan nyata.

Bukan itu saja, bagi model Find X3 Pro 5G ni OPPO menjalankan ujian bagi mengembangkan kompensasi warna yang menghasilkan perbezaan dan pengecaman warna yang tepat. 

Teknologi ini membolehkan mereka yang mempunyai Kekurangan Penglihatan Warna (CVD) melihat rona warna yang dibetulkan dan tahap kontra yang lebih dalam.

Bagi yang suka merakam video, anda pasti terpegun dengan hasil akhir rakaman menggunakan  Find X3 Pro kerana ia menghasilkan warna ciptaan terbaik yang menjadikan rakaman anda seakan filem profesional.

Rakam gambar seakan jurukamera profesional

Kamera yang terdiri daripada 50-Megapixel (sudut ultra-lebar) + (Sony IMX766) dan 50-Megapixel (sudut lebar) + (Sony IMX766) membolehkan anda merakam gambar lebih luas.

Mengaplikasikan 0.6x sudut lebar pada gambar

Anda juga pasti terpegun dengan perspektif baru dunia fotografi menerusi kemampuan lensa mikro Find X3 Pro 5G dengan kamera Microlens 3 MP dan pembesaran sehingga 60x yang berfungsi seakan mikroskop.

Manakala dengan kamera telefoto (13MP), anda boleh menzoom gambar sehingga 20x. Kamera hadapan dengan 32MP AI Beautification pula, pasti menjadikan pengalaman selfie anda lebih bermakna.

Pengecasan yang pantas

Seperti kebanyakan telefon pintar yang lain, Find X3 Pro 5G mempunyai pengecasan yang pantas dengan 65W SuperVOOC flash charge yang mampu mengecas sehingga 40 peratus bateri dalam masa hanya 10 minit dan 30w AirVOOC untuk pengecasan pantas tanpa wayar.

Find X3 Pro 5G turut mempunyai fungsi ‘power bank’ dengan 10W reverse wireless charging. Hanya perlu letakkan belakang telefon pada Find X3 Pro 5G ni, telefon anda akan mula di charge!

Hadir dengan cip pemprosesan terbaru Qualcomm® Snapdragon ™ 888

Prestasi Find X3 Pro turut dipertingkat dengan cip pemprosesan Qualcomm® Snapdragon™ 888, untuk penggunaan kuasa yang lebih rendah dan jangka hayat bateri yang lebih lama.

Ia menyokong 13 jalur 5G dengan prestasi CPU 25 peratus dan kelajuan rendering grafik 35 peratus untuk pengalaman menggunakan telefon pintar lebih pantas.

Storan dalamannya pula sebesar 12GB + 256GB dengan kadar segar semula (refresh rate) 120Hz.

Menggunakan ColorOS 11.2

OPPO Find X3 Pro 5g menggunakan ColorOS 11.2 yang merupakan interface OPPO dengan ciri human centric berdasarkan sistem operasi Google Android 11

Dengan interface ini, anda boleh mengendalikan telefon pintar mengikut keselesaan dengan mengasingkan aplikasi kerja, gaya hidup dan hiburan menerusi Sistem Privasi (Private System).

Pra tempah OPPO Find X3 Pro hari ini!

Pra-tempah OPPO Find X3 Pro 5G dibuka mulai 25 Mac hingga 8  April 2021. Dengan harga RM4,299, anda bakal menerima free gift yang bernilai RM1,935.

Antara free gift yang ditawarkan ialah OPPO Enco X, wireless charger, Kevlar Phone Case, jaminan 1 tahun dan 1 tahun jaminan pelindungan kerosakan skrin serta 1 tahun servis HeyTap Cloud dengan 1TB storan secara percuma.

Untuk pra tempah OPPO Find X3 Pro 5G boleh klik pada link di bawah: 

Facebook:https://www.facebook.com/malaysiaoppo

Lazada:https://pdp.lazada.com.my/products/i1998208817.html

Shopee:https://shopee.com.my/product/12017474/9617602729/

Digi:https://www.digi.com.my/shop/phones/phonefreedom365/oppo#smartphones

Celcom:https://www.celcom.com.my/personal/devices/easyphone/pre-order-oppo-find-x3-pro

Maxis:https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/oppo/find-x3-pro

U Mobile:https://www.u.com.my/OppoFindX3

Spesifikasi Find X3 Pro 5G

Kamera bahagian hadapan: 32MP AI Beautification

Kamera bahagian belakang: 50-Megapixel (sudut ultra-lebar) + (Sony IMX766)+ 50-Megapixel (sudut lebar) + (Sony IMX766) + 13 MP Telefoto + 3 MP 60x mikrolens (mikroskop)

Cip Pemprosesan: Qualcomm® Snapdragon™ 888

Bateri: 4500 mAh+ 65W SuperVOOC pengecasan pantas+ 30w AirVOOC untuk pengecasan pantas tanpa wayar

Memori: 12GB + 256GB

Paparan: 6.7 inci, 1 bilion warna, 120Hz kadar segar semula, OMELAD skrin dua lekuk

Berat/ketebalan: 193 gram, 163.4×74.0x8.3mm

Warna: Hitam dan biru berkilat

OS: ColorOS 11.2 ( Android 11)

Lain-lain: Pembesar suara dwi stereo+ IP68 yang kalis air dan debu

Untuk maklumat lanjut mengenai Find X3 Pro 5G dan barangan OPPO yang lain, anda boleh terus layari, https://www.oppo.com/my/.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas