Connect with us

Oh! Media

Rai 1 JUTA Pengguna, App ZCITY Nak Belanja Sehingga RM1 JUTA ZANGPAO!

Branded

Rai 1 JUTA Pengguna, App ZCITY Nak Belanja Sehingga RM1 JUTA ZANGPAO!

Dalam hanya setahun setengah, app ZCITY telah mencapai 1 JUTA pengguna atau Zbuddies! Bukan calang-calang tu sampai 1 juta! Kalau ada yang masih tak tahu, ZCITY ni adalah apps yang tawarkan ganjaran, cashback dan diskaun.

Seperti kita tahu, pandemik banyak mengubah kehidupan kita termasuk dalam perniagaan dan perbelanjaan pengguna. Iyalah, dalam ekonomi kurang stabil, semua orang kena berjimat sehabis boleh.

Hasil kaji selidik RinggitPlus pada 2020, 53% responden tidak boleh bertahan lebih 3 bulan dengan simpanan jika hilang kerja. Manakala 46% pula berbelanja cukup-cukup atau melebihi pendapatan.

Sebab tulah pengguna pun kena lebih berhati-hati berbelanja, barulah boleh mengurangkan kos sara hidup. Dalam masa sama, bisnes pun perlu juga mengambil langkah untuk terus bertahan.

ZCITY muncul untuk membantu kedua-duanya, pengguna boleh jimat, bisnes pun masih boleh buat untung. Senang cerita, WIN-WIN situation untuk semua!

App ZCITY dilancarkan pada Jun 2020

App ZCITY dilancarkan di Malaysia pada Jun 2020 dengan mencipta platform e-dagang online-to-offline (O2O). Platform ini membolehkan pengguna dan penjual mendapatkan rebat segera dan program affiliate cashback. Disamping itu, turut tersedia adalah e-pembayaran dengan rebat untuk online dan offline.

App ZCITY dibangunkan oleh anak syarikat mereka Gem Reward Sdn Bhd. GEM REWARD mempunyai kepakaran untuk membangunkan dan menambahbaik produk teknologi bagi meningkatkan app ZCITY sekaligus meningkatkan capaian penggunanya.

ZCITY berhasrat untuk meringkaskan pengalaman e-pembayaran pengguna dan menyediakan tawaran hebat, ganjaran serta promosi serta  menjadikan ZCITY sebagai platform ganjaran dan bayaran terkemuka.

Cipta gaya hidup ZCITY

Dalam pelbagai platform pembayaran di pasaran, pastinya memerlukan kelebihan untuk mendapat perhatian pengguna. ZCITY berbeza dari pesaing kerana membangunkan platform membolehkan pengguna dan penjual menerima dan menggunakan mata ganjaran Zcoins.

ZCITY menjangkakan persaingan dalam pasaran semakin sengit. Oleh itu, ZCITY tidak putus-putus memberikan yang terbaik untuk penggunanya. App akan sentiasa dikemaskini dan ditingkatkan untuk memenuhi keperluan dengan ciri baru.

ZCITY memberikan gaya hidup baru untuk pengguna dimana memudahkan dan meringkaskan urusan pembelian. Lebih mudah, tiada kredit tambah nilai diperlukan selain tidak perlu menghubungkan dengan mana-mana kad bank.

Gateway e-pembayaran juga disepadukan dalam satu app sahaja. Tak perlu lagi muat turun banyak app untuk satu tujuan. Paling seronok sudah tentulah ganjaran pelbagai yang ditawarkan dalam ZCITY.

Pencapaian dalam 1 tahun setengah ZCITY

Ekonomi internet Malaysia telah menunjukkan peningkatan dari $14 bilion pada 2020 kepada $21 bilion pada 2021 atau 47% pertambahan. Ini dijangka berterusan kepada $35 bilion pada 2025.

Menurut Google Report, nilai dagangan kasar (GMV) di Asia Selatan dijangka melonjak dari S$74 billion pada 2020 kepada S$234 billion pada 2025.

Pihak ZCITY percaya dengan perkembangan ekonomi yang stabil selain tahap urbanisasi serta kemampuan golongan pertengahan dan teknologi mobil terkini membolehkan pasaran Asia Tenggara dapat dibolosi.

Hasilnya, revenue dijana secara online ZCITY (e-baucar, pembayaran bil, Zstore) dan offline (Zmerchants) mencatatkan RM240 juta bagi tahun 2021.

Bolot 5 anugerah

Dalam tempoh kurang 2 tahun, ZCITY telah mengaut 5 anugerah untuk pencapaian membanggakan antaranya:

-The BrandLaureate SME’s e-Branding BestBrands Award 2021

-2021 World Chinese Economic Form

-Malaysia Excellence Business Award (MEBA) 2021: Excellence in Online Loyalty Services

-Malaysia Most Impactful Product Award 2020-2021

-2020 SME Emerging Award by 2020 Platinum Business Awards

Akan perkenal ciri baru

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa dahagakan teknologi dan kemudahan di hujung jari ada beberapa ciri baru akan dilancarkan app ZCITY. Salah satunya adalah Taste-iT, sistem pengurusan bijak makanan & minuman (F&B) ZCITY. 

Dengan hanya satu app, akan ada sistem point-of-sale, penghantaran makanan, sistem pengurusan dapur, sistem beratur tanpa peranti dan automasi inventori untuk membantu penjual. 

Ringkasnya, sistem F&B ZCITY Taste-iT ini akan memberikan penjual penyelesaian automatik untuk pendigitalan perniagaan mereka. Taste-iT akan menyediakan ekosistem inovatif bagi memenuhi keperluan penjual dan memudahkan pengalaman pembeli.

Jadi bagi menghargai sokongan Zbuddies, ZCITY ada berita baik untuk korang. ZCITY nak payung ZANGPAO bernilai sehingga RM1 JUTA untuk Zbuddies! Wow banyak tu guyss!

Ada apa dengan ZANGPAO?

Macam mana nak kumpul ZANGPAO ni? Haa, korang boleh kumpul ZANGPAO setiap hari dan boleh menang baucar tunai secara rambang sehingga RM8.88. Baucar tunai ni akan dikreditkan ke dalam akaun korang serta-merta.

Bila dah banyak baucar tunai terkumpul, korang bolehlah guna untuk Scan & Pay, bayar bil, pembelian menggunakan e-Baucar dan juga pembelian Zstore di ZCITY App. Macam-macam boleh buat guys.

Masa kumpul ZANGPAO ni juga, korang juga akan diberikan 10 digit nombor. Nombor bertuah ni akan melayakkan korang untuk menyertai cabutan. 16 pemenang bertuah akan berpeluang menang wang tunai sehingga RM2,888!

Nak tahu korang antara yang bertuah atau tak, kenalah sertai siaran Facebook Live ZCITY pada 26 Januari 2022 dan 16 Februari 2022. Adakah korang salah seorang yang bertuah tu? Kena tungguuuuu!

Cara kumpul ZANGPAO

Langkah 1: Tekan ikon ‘ZANGPAO’

Langkah 2: Tekan butang ‘HUAT’

Langkah 3: Menangi duit secara rambang dan dapatkan 10 digit nombor bertuah

Dengan app ZCITY ni, bukan je boleh berjimat, korang juga boleh dapatkan ganjaran dalam ganjaran seperti ZANGPAO ni. Rugi kalau tak kumpul banyak-banyak.

Kalau sekarang pun dah rasa bermacam-macam ganjaran ZCITY bagi pada korang, nantikan di masa depan, banyak lagi pengalaman berbelanja ZCITY nak berikan. Korang sebagai Zbuddies boleh shopping dengan lebih banyak ganjaran, selesa, selamat dan paling penting mudah. Ni buat makin semangat nak shopping dengan ZCITY ni. Apa tunggu lagi korang, download app ZCITY dan kumpul ZANGPAO korang sekarang!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas