Connect with us

Oh! Media

Pesaing Baru Mobile Gaming, Siri Infinix Note 40 Tawar Bateri Yang Lebih Besar & Pengecasan Pantas 2.0

Branded

Pesaing Baru Mobile Gaming, Siri Infinix Note 40 Tawar Bateri Yang Lebih Besar & Pengecasan Pantas 2.0

Bertempat di Litar Antrabangsa Sepang, telefon pintar jenama Infinix secara rasmi telah melancarkan Siri Infinix 40. Empat model diperkenalkan dalam siri ini iaitu Note 40, Note 40 Pro, Note 40 Pro 5G dan Note 40 Pro+ 5G. 

Untuk pengetahuan korang, hanya 2 model yang dijual secara rasmi di pasaran Malaysia iaitu, Infinix Note 40 dan Note 40 Pro 5G.

Dalam banyak-banyak ni, ada satu perkara yang berjaya menarik minat kami dengan telefon pintar Infinix ni ialah pengecasan nirwayar, MagCharge yang menyokong pengecasan 20W.

MagPower ini merupakan power bank magnetik yang dibangunkan oleh Infinix bersama siri Note 40 ini. Nak tau apa lagi yang menarik? Let’s check it out!

Siri Infinix Note 40 Inovasi Teknologi Pengecasan Pantas

Dalam review kali ini, kami cuma nak fokus perbandingan pada dua varian iaitu Note 40 Pro 5G dan Note 40. 

Bagi Infinix Note 40 Pro 5G reka bentuk luarannya mempunyai paparan AMOLED 3D Lengkung Penuh dengan paparan FHD+ 6.78-inci yang menakjubkan dan kadar segar 120Hz. 

Bila pegang Note 40 Pro 5G ni, terasa selamat dan  ‘mewah’ sebab kemasan belakang tu ialah kulit. Paparan dia pun terang dan jelas. Nak layan movie atau video memang mantap!

Skrin Note 40 Pro 5G pula menggunakan Corning Gorilla Glass 5, jadi kalau terjatuh sikit atau anak korang terlepas dari tangan, masih selamat lagi telefon ni. 

Untuk ciri keselamatan pula, ia hadir dengan pengimbas cap jari dalam paparan. Memberikan korang pilihan untuk log masuk telefon.

Semasa mula-mula mencuba telefon ni, kami nampak ada satu gelung pada bahagian kamera di belakang. Rupanya gelung tu adalah satu ciri baru yang diperkenalkan Infinix iaitu ‘Active Halo’, menggabungkan ciri AI dan reka bentuk. 

Kalau korang nak tau, halo atau paparan cahaya (RGB) ni dia keluarkan cahaya yang berubah ikut situasi. Contohnya kalau ada call, mesej, tengah main game, pasang muzik, cas telefon atau tengah guna assistant voice, Folax, ‘Halo’ akan berkedip ikut getaran daripada telefon korang. Cool kan?

Dikuasakan cip Cheetah X1, pertama oleh Infinix

Nampaknya Infinix ni serius bakal beri saingan dalam pasaran, menerusi Siri Infinix Note 40, Infinix memperkenalkan teknologi All-Round Fast Charge 2.0 yang dikuasakan Cheetah X1, chipset pertama yang dibangunkan sendiri oleh Infinix.

Cheetah X1 ni menggabungkan pengesanan kuasa berketepatan tinggi, pengesanan voltan selamat dan sokongan situasi bagi memastikan kecekapan pengecasan yang luar biasa dalam pelbagai keadaan.

NOTE 40 Pro 5G ni mempunyai kapasiti bateri 5000mAh dengan 45W Multi-Speed Fast Charging. Korang juga ada pilihan untuk cas telefon mengikut situasi, sama ada mod suhu rendah atau mod pintar. 

Ciri Extreme-Temp Tech membantu memastikan pengecasan yang boleh dipercayai sehingga -20 °C, sesuai untuk persekitaran bersalji.

Manakala ciri BypassCharging 2.0 akan menapis arus untuk membekalkan kuasa terus ke papan induk sewaktu korang tengah main game atau tonton video bagi mengelakkan telefon jadi overheat. 

Tambahan lagi, telefon korang juga boleh jadi ‘power bank’ dengan berkongsi kuasa menerusi pengecasan terbalik dengan peranti lain berwayar atau tanpa wayar.

Sokongan USB-C PD3.0 membolehkan pengecasan komputer riba dengan pengecas telefon, jadi lepas ni tak perlu nak bawa banyak charger apabila keluar bekerja.

Infinix MagKit, pengecasan gaya baru

Ciri ini kami boleh katakan sebagai ciri yang ‘rare’ untuk telefon pintar dalam kelas ini. Siri Infinix Note 40 memberikan pengguna pengalaman pengecasan magnet menerusi ciri Infinix Magkit.

Bagi varian NOTE 40 Pro 5G, korang akan dapat sarung telefon MagCase yang mempunyai pad pengecas magnet, ia membolehkan NOTE 40 Pro 5G ‘melekat’ ketika dicas dengan power bank MagPower.

Gaming jadi extra smooth dengan Siri Infinix Note 40

Dari segi spesifikasi dan bateri, kami yakin Infinix NOTE 40 Pro 5G ni merupakan pesaing terbaru dalam dunia mobile gaming. Menggunakan Chipset DIMENSITY 7020 dan pemproses 6nm, termaju untuk kecekapan tenaga dan prestasi tinggi.

Penstoran (RAM) pula boleh dipertingkatkan dari 8GB kepada 16GB untuk menyokong lebih banyak memori. 

Selalu telefon kalau guna lama cepat panas kan? Tapi tidak untuk NOTE 40 Pro 5G kerana ia mempunyai sistem penyejukan ruang vakum yang bertindak mengurangkan suhu apabila digunakan untuk jangka waktu yang lama.

Kawalan Kadar Bingkai XBOOST pula mengoptimumkan prestasi untuk permainan MOBA dan FPS yang popular, memberikan pengalaman permainan premium pada kadar bingkai puncak.

Dalam bahasa mudahnya, Siri Infinix Note 40 beri korang pengalaman gaming baru yang lebih smooth. Walaupun main untuk jangka masa yang panjang, telefon tak mudah panas. 

Permainan atau ‘game’ korang pula boleh mencapai 88.8 framerate per second dengan kualiti ultra dan kadar segar semula yang super. Main game smooth je takde delay.

Kalau korang suka main mobile game, kadang-kadang lengkung skrin agak mengganggu kan? No worries dengan NOTE 40 Pro 5G, ia telah diselaraskan oleh pakar profesional untuk sentuhan tepi dengan tepat. So takdelah false tap yang boleh sebabkan korang ‘terkeluar’ dari  game tanpa sengaja. Boleh kacau mood kot!

Secara peribadi, kalau buat perbandingan Infinix Note 40 Pro 5G  ni mempunyai kelebihan berbanding 2 jenama lain yang berada dalam kelas yang sama (Xiaomi NOTE 13 5G & realme 12 5G) dari segi spesifikasi dan juga harga.

Dual Speaker yang dikuasakan oleh JBL & Kamera Utama OIS

Kolaborasi bersama pakar audio terkenal JBL, korang kini boleh menikmati audio berkualiti serta medan bunyi dengan simetri 360° melalui dwi speaker pada Siri Infinix Note 40.

Manakala, dari segi kamera Note 40 Pro 5G memiliki tiga kamera di belakang dengan kamera utama 108MP OIS, kamera makro 2MP dan juga kamera depth. Untuk selfie, kamera hadapannya mempunyai resolusi 32MP.

2 Tahun Jaminan Update

Siri Infinix Note 40 hadir dengan XOS 14 berasaskan Android 14. Infinix memberi jaminan sokongan 2 kali kemaskini sistem operasi dan 3 tahun kemaskini keselamatan bagi NOTE 40 Pro 5G.

Infinix Note 40, varian 4G dengan kualiti optimum

Beralih kepada Note 40 pula ia merupakan varian 4G dengan cip MediaTek Helio G99 Ultimate dengan storan 256GB dan RAM 8GB. Note 40 mempunyai perbezaan ketara berbanding model lain kerana menggunakan skrin yang lebih rata sebab kadang-kadang ada ada memilih untuk bermain game pada skrin rata berbanding Note 40 Pro 5G yang melengkung pada bahagian sisi.

Didatangkan dengan IP54, Note 40 memiliki ciri kalis air dan debu lebih baik. Bagi kamera pula ia mempunyai resolusi sama 108MP tetapi Note 40 tidak mendapat sokongan OIS.

Note 40 mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W untuk Note 40. Walaupun merupakan varian lebih rendah, model 4G ini juga lengkap dengan pengecasan nirwayar 20W MagPower dan pengecasan terbalik.

Siri Infinix Note 40 All Fast Round Charging & Prestasi Bermain Game Mudah Alih Yang Menakjubkan

Pesaing dalam dunia mobile gaming telah pun tiba, dengan reka bentuk yang up-to-date dan bateri yang lebih besar.

Untuk pengetahuan Note 40 Pro 5G dan Note 40, masing-masing dijual pada harga RM1,098 dan RM898 yang tersedia dalam warna Obsidian Black, Titan Gold serta Vintage Green.

Bagi setiap pembelian Note 40 Pro 5G dan Note 40 korang akan mendapat MagPower PERCUMA* (bernilai RM 69) dengan setiap pembelian.

Siri Infinix Note 40 telah tersedia di seluruh negara Infinix Official Stores on Lazada, Shopee, TikTok Shop dan pengedar sah Infinix.

*Tertakluk kepada ketersediaan stok.

Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas