Connect with us

Oh! Media

Pertama Kali Di Asia Tenggara, PUMA Perkenal Koleksi Istimewa Sempena Aidilfitri

Branded

Pertama Kali Di Asia Tenggara, PUMA Perkenal Koleksi Istimewa Sempena Aidilfitri

Selalu kalau sebut PUMA, benda pertama kita bayang mestilah pakai sukan atau kasut sukan kan? Tapi buat julung kalinya tahun ini, PUMA membawakan Hari Raya Collection yang menawarkan koleksi baju raya kasual. 

Apa yang menarik dengan koleksi eksklusif PUMA ini ialah ia merupakan sebahagian daripada kempen Memori Aidilfitri yang menggabungkan rekaan raya yang ranggi dan klasik. 

Kalau pakai PUMA Hari Raya Collection ni, korang confirm jadi perhatian. All eyes on you!

PUMA Hari Raya Collection- pilihan kasual terbaik untuk Aidilfitri nanti

PUMA Hari Raya Collection membawakan rekaan yang minimalis dengan mengutamakan keselesaan tanpa kacau style korang. Paling penting, koleksi ni senang digayakan serta sesuai untuk lelaki dan wanita. 

Lepas tu, rekaannya juga bukan jenis slim-fit tau, sesuai nak menggambarkan signature elemen bagi koleksi ini. Bila pakaian selesa dan ada pengudaraan, barulah rasa bebas nak bergaya bila pergi beraya.

Dah habis raya masih nak pakai PUMA Hari Raya Collection pun boleh, sebab rekaannya yang evergreen dan versatil membolehkan korang menggayakan koleksi ini pada bila-bila masa atau untuk ke special event.

Menurut Eleanor Wong, Ketua Pemasaran PUMA Asia Tenggara, mereka mahu pengguna mengukir memori indah bersama yang tersayang sepanjang musim lebaran ini dengan PUMA Hari Raya Collection.

“Menggunakan gambaran PUMA yang bersifat abadi, para pereka kami telah menghasilkan gubahan yang tampak segar, menarik dan bersesuaian sempena sambutan Hari Raya”, tambahnya.

Warna klasik & pastel serlah gaya pemakai

Dari segi pilihan warna pula, PUMA Hari Raya Collection membawakan kombinasi warna antara hitam klasik dan pelbagai warna bersifat pastel bagi memberikan pemakai kebebasan untuk memperibadikan busana mereka. 

Nak nampak lagi perfect? Lengkapkan gaya korang dengan sneaker PUMA Roma Classic untuk kelihatan lebih kemas, praktikal dan pastinya ia sesuai untuk digayakan bagi apa jua acara.

Jom shopping PUMA Hari Raya Collection & rebut hadiah bertuah!

Sepanjang Ramadan-Raya ni juga, PUMA turut menganjurkan kempen Memori Aidilfitri supaya korang kelihatan lebih bergaya dan pada masa yang sama menaikkan mood Hari Raya korang.

Nak sertai peraduan ni senang je tau, beli mana-mana item PUMA Hari Raya Collection dari kedai PUMA dan korang akan layak untuk mengambil bahagian dalam “Shop Raya & Get Rewarded”

Menerusi aktiviti ni, korang boleh pilih sekeping Raya Reward Card. Dekat belakang kad tu akan ada ucapan Hari Raya serta hadiah yang korang menang. Antara hadiah yang ditawarkan ialah baucar beli-belah dan juga barangan PUMA. Best tu!

PUMA Hari Raya Collection kini boleh didapati di semua cawangan PUMA dalam lingkungan harga RM199–RM 399. 

Untuk lebih info korang boleh klik layari laman web PUMA ATAU follow Facebook mereka.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas