Branded
Pengguna Sharp Terjejas Banjir Di Johor Dibantu Dalam Program Sharp Cares Bantuan Banjir 2.0
Pada
Oleh
Setiap kali berlaku bencana banjir, semangat rakyat Malaysia dalam memberikan bantuan tanpa mengira siapapun paling patut diberikan pujian. Dalam pada itu, syarikat barangan elektronik terkenal, Sharp turut tidak melepaskan peluang untuk menghulurkan bantuan.
Seperti tahun 2021 lalu, ketika Malaysia dilanda banjir terburuk dalam 50 tahun, Sharp tampil memperkenalkan Program Sharp Cares Bantuan Banjir dan memberikan bantuan untuk seluruh Malaysia.
Tahun 2023 pula, Sharp sekali lagi tampil dengan Program Sharp Cares Bantuan Banjir 2.0 untuk membantu semua pelanggan mereka di Johor yang terjejas banjir.
BACA: PM Anwar Ibrahim Sekali Lagi Gesa MOF Cepatkan Proses Tender Projek Tebatan Banjir
Sokongan daripada semua pelanggan merupakan salah satu perkara yang paling penting bagi Sharp dan harus diraikan dalam perayaan hari ulang tahun 111 kami.
Dengan itu, kami mendukung hasrat hati kami untuk berbakti kepada masyarakat, terutamanya semua pelanggan kami. Apatah lagi pada saat-saat sebegini yang mereka memerlukan bantuan.
Kami di Sharp amat menghargai semua pelanggan kami dan juga, prestasi peralatan electrical Sharp untuk memudahkan kehidupan anda semua yang telah memilih Sharp. Oleh sebab itu, kami telah mengaktifkan Program Sharp Cares Bantuan Banjir 2.0. – Kata Pengarah Urusan Sharp Malaysia, En. Ting Yang Chung.

Disebabkan itu, bagi mereka yang menggunakan barangan Sharp dan ada kerosakan, boleh hubungi pihak Sharp segera bermula 9 Mac hingga 31 Mac 2023.
Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran Program Sharp Cares Bantuan Banjir 2.0, atau pengguna Sharp yang terjejas dalam banjir, sila hubungi mereka:
■ emel [email protected]
■ Telefon 03-8026 6228
■ Muat-turun Cocoro Life Apps dan merujuk kepada to www.cocorolife.my.

Kredit: Sharp
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan pengusaha hotel di...
Bila kali terakhir korang makan buah? Semalam? Minggu lepas? Atau dah tak ingat langsung? Sebenarnya, ramai...
Sorakan pecah sebaik wisel penamat dibunyikan. Sepanyol menang 2-1 dan impian mara ke separuh akhir Piala...
Pernah tak rasa gaji baru masuk, tapi komitmen kewangan dah mula menunggu? Tambahan pula bila ada...
Korang perasan tak, pantang ada masa lapang atau hujung minggu, mesti kita cari kafe estetik baru...