Connect with us

Oh! Media

Paling Ringan Dalam Kelasnya, OPPO Pad Air Pertama Bakal Dilancarkan, Ini Specs Peminat Kena Tahu

Branded

Paling Ringan Dalam Kelasnya, OPPO Pad Air Pertama Bakal Dilancarkan, Ini Specs Peminat Kena Tahu

Untuk memenuhi keperluan pengguna, OPPO secara konsisten memperkenalkan produk ekosistem bagi melengkapkan ekosistem mereka. Terbaru, OPPO bakal melancarkan tablet pertama untuk pasaran Malaysia, OPPO Pad Air direka untuk for Gen Z and pekerja kolar putih. Mesti ramai peminat jenama ini teruja kan? Jom kami kongsikan 3 ciri penting yang perlu korang tahu tentang model ini.

Badan ultra-nipis

OPPO Pad Air ini adalah salah satu tablet dengan skrin LCD ternipis di pasaran dalam julat harga sama. Badannya berukuran 6.94mm (±0.1 mm) dengan warna pilihan Grey.

Bingkai tengah yang sekecil 5.86 mm dan bucu yang minimalis membuatkan peranti ini kelihatan lebih nipis. Pun begitu, rekaannya juga memberi sokongan yang kuat untuk strukturnya.

OPPO Pad Air ini hanya seberat 440g dan menjadi model paling ringan bagi peranti sepertinya di pasaran. Nak bawa ke sana-sini pun tak ada masalah kalau ringan dan nipis sebegini.

Bahagian atas panel belakang menggabungkan reka bentuk tekstur 3D untuk menawarkan seakan pemandangan bukit pasir infiniti sewaktu matahari terbenam. 

Skrin 2K 10.36 inci dengan TÜV Rheinland Eye Comfort Certification

Antara faktor penting yang dipertimbangkan dalam pemilihan peranti semestinya saiz skrin. OPPO Pad Air direka dengan skrin bersaiz 10.36 inci dan 2K Quad High Definition (QHD) memaparkan warna-warna asli ketika menonton video atau bermain game.

Tablet ini juga mempunyai smart backlight dengan 2048 dimming zone untuk memudahkan penggunaan di tempat terbuka.

Bagi memastikan kesihatan mata terjaga walaupun penggunaan lama, model ini dilengkapi pengiktirafan TÜV Rheinland Eye Comfort Certification. Ini bagi mengurangkan keletihan mata dan memberikan pengalaman visual lebih selesa. Nak menghadap tablet untuk marathon movie atau gaming pun tak ada masalah.

Empat pembesar suara Dolby Atmos super besar

Direka dengan badan senipis 6.9mm tidak menghalang OPPO menghasilkan model tablet dengan 4 speaker 0.8 cc sound chamber. Ciri ini memberikan audio 3 dimensi dari segenap arah. Senang cerita, bunyi dihasilkan lebih terperinci dan lebih mantap dari segik kesan bunyi persekitaran.

Sistem audio OPPO Pad Air ini juga didatangkan dengan Dolby Atmos yang memberi pengalaman bunyi secara 3D memberikan kepuasan maksimum untuk menikmati muzik, layan movie atau gaming.

OPPO Pad Air akan dilancarkan bersama OPPO Reno8 Series 5G pada 21 Julai 2022. Jangan ketinggalan dapatkan info terkini dengan mengikuti laman sosial mereka di Facebook dan Instagram sekarang. 

Untuk info lanjut mengenai OPPO Reno8 Series 5G, lawati: https://rb.gy/ty3elf

Comments

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

Ke Atas