Connect with us

Oh! Media

OPPO Perkenal Cip MariSilicon X, Perkukuh Jenama Fotografi Smartphone Terbaik

Branded

OPPO Perkenal Cip MariSilicon X, Perkukuh Jenama Fotografi Smartphone Terbaik

Buat pertama kalinya, OPPO memperkenalkan neural processing unit (NPU) dibangunkan sendiri yang dinamakan OPPO MariSilicon X. Penghasilan OPPO MariSilicon X ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai kamera pada smartphone terbaik dari jenama berkenaan.

Tapi, apa sebenarnya membuatkan cip khusus dari OPPO ini cukup istimewa? Jom kami kongsikan sebabnya:

Pemprosesan AI secara real-time RAW domain

MariSilicon X memproses pipline untuk mencapai RAW domain secara real-time pada pixel level.

4K AI Night Video

Waktu malam yang kurang cahaya menghalang ambil video menarik? Tak ada masalah dengan MariSilicon X kerana ia berupaya mengambil 4K AI Night Video dan menunjukkan preview. Ini merupakan yang pertama kali pada smartphone Android menggunakan data dari RAW domain.

Video Ultra HDR 

Cip ini juga boleh mengambil video dengan kualiti HDR yang tidak boleh dilihat dari pandangan mata kasar.

Teknologi pemprosesan 6nm 

MariSilicon X dihasilkan menggunakan teknologi 6nm paling canggih dengan kemampuan kecerdasan buatan sehingga 18 TOPS.

NPU paling efisien

NPU dengan kelajuan 18 TOPS ini lebih laju dari A15 NPU pada iPhone 13 Pro! Walaubagaimanapun, ianya menggunakan hanya 11.6 TOPS per watt untuk 20 kali ganda kemampuan dengan 4K AI processing.

Multi-term memory architecture

Integrasi Tera bps memory subsystem pada NPU dan tambahan DDR Bandwidth membolehkan penyaluran data sehingga 8.5 GB/s! Teknologi terkini ini meminimumkan kelewatan dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Ultra HDR NPU

NPU dengan prestasi mantap ini memastikan video Ultra HDR dapat diambil dengan 20bit 120db dynamic ranger selain tahap kontras 1 juta dan 1 untuk bahagian paling terang dan paling gelap.

RGBW Pro mode

Cip pertama dibangunkan OPPO ini juga memproses signal RGB dan W sebelum digabungkan untuk mendapatkan nisbah signal-to-noise 7.9 lebih tinggi dan 1.7 kali lebih dari segi tekstur.

OPPO mengesahkan peranti Find X akan menjadi peranti pertama menggunakan cip kendiri ini. Mesti ramai peminat jenama ini teruja menantikan pelancaran untuk mencuba sendiri prestasi cip MariSilicon X ni kan?

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas