Connect with us

Oh! Media

OPPO Find N5  Telefon Lipat Paling Nipis Di Dunia, Tawar Ganjaran Sehingga RM2,184

Ohmedia photo 6211018787784868648 y

Branded

OPPO Find N5  Telefon Lipat Paling Nipis Di Dunia, Tawar Ganjaran Sehingga RM2,184

OPPO terus menerajui inovasi dunia teknologi dengan pelancaran telefon pintar lipat paling nipis di dunia, OPPO Find N5 yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden.

Menghargai permintaan yang menggalakkan dalam kalangan pengguna, OPPO berbesar hati 

memperkenalkan tawaran istimewa bagi mereka yang berminat mendapatkan model telefon lipat ini.  

Ad 4nxe4kccae06hzmsrm7hc6kvqr8fycxt oto msspdft1nal0 iqbbgv1lkrwkfqvhnraieshoaup5fjkcx6qqllk3xijuzjpyrgfbcqf1yehomizn6aj3c1gsiseogldkjoypdf

Promosi jualan pertama OPPO Find N5 akan berlangsung dari 28 Februari hingga 15 April ini, menawarkan hadiah percuma, promosi beli dengan beli (PWP) serta tawaran eksklusif menerusi aplikasi My OPPO dengan jumlah keseluruhan sehingga RM2,184.  

Telefon Pintar Lipat Paling Nipis dengan Reka Bentuk Mewah

OPPO Find N5 menetapkan standard baharu dalam kategori telefon lipat dengan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan. Dengan ketebalan hanya 8.93mm apabila dilipat dan 4.21mm apabila dibuka, peranti ini lebih nipis daripada iPad Pro paling nipis yang pernah dihasilkan.  

Struktur dalamannya direka dengan kecekapan tinggi melalui susunan papan induk ultra nipis berlapis empat, menjadikannya 65 peratus lebih padat tanpa menjejaskan prestasi. Engsel titanium yang diperbaharui mengurangkan kesan lipatan sebanyak 50 peratus, memberikan pengalaman skrin yang lebih lancar dan tanpa gangguan.  

Dari segi ketahanan, OPPO Find N5 diperakui oleh TÜV Rheinland untuk ketahanan lipatan yang tinggi. Peranti ini juga hadir dengan perlindungan IPX9, menjadikannya tahan terhadap bengkokan, calar, dan percikan air.  

Keserasian Pintar dengan iMac untuk Produktiviti Maksimum

Ad 4nxeqnsd2hl6anjdibfiqs6caf0pq07r0fktazifz4qwsh0qu4ykemj4b7zccizr0tbog8yxew2nyhjvprrt zsh4fvof8ghtuubynjav0vkujdlxus8wrqsximvt2fabzng7y0nega

Bagi mereka yang menggunakan ekosistem Apple, OPPO Find N5 menawarkan integrasi lancar dengan iMac melalui O+ Connect. Pengguna boleh memindahkan fail tanpa kabel, menyambungkan aplikasi secara berterusan, serta mengawal iMac dari jauh untuk meningkatkan produktiviti.  

Dengan ciri ini, pengguna boleh mengakses dan mengedit fail dari telefon mereka terus ke iMac tanpa perlu memuat turun apa-apa aplikasi tambahan. Kemudahan ini memastikan kerja dapat diselesaikan dengan lebih cepat, sama ada semasa mesyuarat atau ketika berada di luar pejabat.  

Selain itu, pengguna boleh mengawal iMac dari mana-mana lokasi, membolehkan mereka mengakses dokumen, membuat penyuntingan, dan kekal produktif walaupun komputer bukan dalam jangkauan. 

Kecerdasan Buatan (AI) untuk Pengalaman Digital yang Lebih Canggih

OPPO Find N5 dilengkapi dengan pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk memudahkan kehidupan seharian. AI Search membolehkan pengguna mencari fail atau mesej dengan hanya menaip kata kunci secara semula jadi, tanpa perlu mengingati nama fail yang tepat.  

Dengan Gemini AI Assistant, pengguna boleh mendapatkan dokumen, video, dan gambar dengan lebih mudah. Ciri Circle to Search membolehkan pencarian maklumat hanya dengan membuat bulatan di skrin, sementara AI Translate App menawarkan terjemahan masa nyata untuk teks, gambar, perbualan, dan dokumen – sesuai untuk mereka yang bekerja dalam persekitaran global.  

Selain itu, OPPO Find N5 memperkenalkan Boundless View Split-Screen yang membolehkan pengguna mengurus pelbagai aplikasi secara serentak dengan lebih cekap. Antara contoh penggunaannya termasuk membalas mesej sambil menyemak dokumen, mengawal WPS secara AI untuk membuka dan mengurus dua dokumen secara serentak, serta memperbesarkan butiran produk ketika melayari laman beli-belah dalam talian.  

Fotografi Hasselblad dengan Teknologi AI untuk Hasil Gambar Profesional

Ad 4nxeeoe4iy52gecdy 7mgulpojjblv4eub9fc7wc6 8owvdul4xuptx0mhxyu5btpsa 1nrdqc3himifxzte2pxpf3t3wbefj925db cgmg0ya7ymviaduv0knut4srvdv5ijrfvh1g
Ad 4nxdlubr3j sgidmn8bge5nqkdruor384mkszrdtpajdv78wxsovzybmbcb84xyhimd6aa8ggt4cdxuu73 kv4wt it3xvseya0vxq6sdcrijd2nxtsvx8b5ehbb9xvatjo1tidklja

Bagi peminat fotografi, OPPO Find N5 menampilkan teknologi HyperTone Image Engine yang memberikan keseimbangan tona, pencahayaan, dan warna yang lebih semula jadi. Teknologi ini sangat sesuai untuk merakam suasana malam seperti pertunjukan bunga api, konsert, atau potret dengan pencahayaan dinamik.  

Dengan Kamera Periskop Telefoto yang menyokong makro sehingga 10cm, pengguna dapat menangkap butiran halus dengan lebih jelas – sesuai untuk penggambaran landskap, seni halus, atau fotografi makanan.  

Ciri Lightning Snap membolehkan pengguna merakam sehingga tujuh bingkai sesaat, 50 gambar dalam satu sentuhan, dan 200 gambar secara berterusan, memastikan setiap momen penting tidak terlepas. Selain itu, OPPO Find N5 menyokong kesan bokeh semula jadi dalam gaya Hasselblad, panjang fokus potret emas (1.70mm dan 85mm untuk mod potret 3× dan 3.6×) serta kestabilan LivePhoto EIS untuk menghasilkan gambar yang lebih tajam dan stabil.  

Jadi yang terawal memiliki OPPO Find N5 & Nikmati Ganjaran Yang Ditawarkan!  

Ohmedia photo 6211018787784868653 y

OPPO Find N5 boleh didapati pada harga RM7,999 di OPPO Brand Stores, My OPPO Space , OPPO Authorized Dealers  dan OPPO Official E-Store (Lazada, Shopee, TikTok Shop).

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki telefon pintar lipat paling nipis dengan teknologi AI canggih dan nikmati ganjaran eksklusif yang ditawarkan sepanjang tempoh promosi.  

Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/FindN5-info.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas