Branded
MYDIN Lancar Kad Meriah Baru, Kolaborasi Dengan Lebih Ramai Rakan Niaga & Sales Kaw-Kaw Serendah 65 Sen!
Oleh
Selain admin Twitter yang kelakar, CEO buat promosi sempoi di media sosial, pasaraya MYDIN sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana menawarkan harga yang rendah berbanding pasaraya lain. Boleh kata harga MYDIN ni masih mesra poketlah.
Korang nak tau tak satu fakta menarik tentang MYDIN?
MYDIN sama usia dengan Hari Kebangsaan Malaysia tau. Yaaa… MYDIN menyambut ulang tahun yang ke-65 tahun ni. Lama kan? No wonderlah MYDIN ni jadi pasaraya pilihan yang dekat dengan rakyat Malaysia!
Promosi Istimewa Ulang Tahun 65 MYDIN
Seperti biasalah bila masuk je bulan Ogos, MYDIN akan buat promosi besar-besaran sempena sambutan ulang tahunnya dan yang paling penting MYDIN nak raikannya bersama semua pengguna setia mereka. Bestnya!
Istimewa sempena ulang tahun ke-65 tahun ini, MYDIN berkolaborasi dengan 84 jenama yang terdiri daripada rakan-rakan strategik dan pembekal MYDIN seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui kempen Beli Barangan Malaysia, MyDebit, Atome, PnG, Shopee, Boost dan banyak lagilah!
Paling best, siap ada peraduan yang menawarkan baucar dan cashback bila berbelanja. Ni serius kena shopping dekat MYDIN!
Pelancaran Semula Kad Meriah, Lagi Banyak Rakan Niaga . Best Tu!
Korang tau tak yang MYDIN ada member kad? Kalau korang tak tau, ni kami nak ‘paksa’ korang untuk miliki kad Meriah daripada MYDIN sekarang juga!
Dengan design baru yang lebih ceria, ahli yang memiliki kad Meriah dapat menikmati harga yang lebih jimat ketika berbelanja sebab korang boleh kumpul mata ganjaran, tebus mata ganjaran serta beli barang pada harga promosi.
Paling best, kad ni turut mempunyai manfaat lain seperti diskaun untuk masuk ke Zoo Negara, Fantasia Aqua Park, beli ZUS Coffee dan banyak lagilah. Wow!
Klik SINI untuk lebih info kat mana korang boleh guna kad Meriah ni dan ganjaran yang korang boleh nikmati.
Belanja Dengan Atome, Ada Cash Back
Kaedah pembayaran Beli Dahulu Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later), kini dah semakin meluas digunakan di Malaysia. Tak ketinggalan, korang boleh menggunakan cara pembayaran ni di MYDIN dengan Atome.
Tapi ada syaratnya kalau nak guna barang menggunakan Atome di MYDIN, korang mestilah mempunyai kad Meriah tau.
Psstt.. Ni kami nak kongsi satu benda, untuk pembelian pertama di MYDIN menggunakan Atome, korang layak dapat diskaun RM15 (minimum perbelanjaan RM40). Berbaloi tu!
Dapatkan cashback setiap kali korang bayar dengan Boost di MYDIN
Kalau tadi beli dulu bayar kemudian, dekat MYDIN juga korang boleh bayar menggunakan aplikasi Boost. Bermula 18 Ogos sehingga 20 November 2022, korang boleh menikmati cashback 10% bila korang beli 16 jenama TERPILIH dan bayar menggunakan Boost*.
Kontes Ulang Tahun 65 Boost X MYDIN
Bukan cashback je korang boleh dapat, tunjukkan kesetiaan korang dengan berbelanja di MYDIN dan gunakan Boost untuk pembayaran sebab ada hadiah bernilai sehingga RM60,000 untuk dinikmati.
Cara nak menang senang je, hanya perlu buat pembayaran menggunakan Boost bila korang berbelanja dengan minimum RM100 di MYDIN.
MyDebit Je & Menang
Inilah sebab MYDIN sentiasa menjadi pasaraya pilihan rakyat Malaysia, bila berbelanja semua kaedah pembayaran korang boleh gunakan kat sini. Termasuklah My Debit, tak perlu nak bawa cash banyak-banyak bila nak shopping di MYDIN.
Kalau korang nak tau, My Debit pun ada peraduan untuk pelanggan setia MYDIN melalui MyDebit Je & Menang.
Hadiah bernilai sehingga RM300,000 menanti korang dalam bentuk baucar MYDIN. Syoknya!
Tapi syaratnya, korang perlulah berbelanja minimum RM100 untuk menyertai peraduan MyDebit Je & Menang* ni tau.
Pilihan Lebih Jimat serendah 65 di MYDIN. Seriuslah?!!
Simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-65, MYDIN menawarkan barangan pada harga promosi serendah 65 sen. Seriuslah dapat beli gula pasir pada harga ni?
Bukan tu je, minyak masak, perkakas dapur dan banyak lagi barang korang boleh nikmati pada harga promosi. Ni kami kongsikan senarai promosi yang korang boleh nikmati di MYDIN!
Peraduan Eksklusif untuk pelanggan MYDIN
Kejap belum habis lagi promo MYDIN. All out sungguh MYDIN tahun ni!
Selain peraduan yang kami kongsikan di atas, korang juga boleh menikmati peraduan yang dianjurkan oleh rakan niaga MYDIN yang lain seperti Chipsmore x Monopoly, Dutch Lady, Nestle dan banyak lagi, hanya dengan berbelanja di MYDIN.
Hadiah keseluruhan bernilai RM 1 Juta menanti korang. Banyak-banyak peraduan ni, mana tau korang menang salah satu!
Jom Beli Barangan Buatan Malaysia
Sambil-sambil kita berbelanja jangan pernah lupa untuk Beli Barangan Buatan Malaysia tau. MYDIN merupakan pasaraya yang sentiasa menjadi pilihan peniaga kecil untuk memasarkan produk mereka.
Istimewa kerjasama dengan KPDNHEP dan Kempen Beli Barangan Malaysia 2022, di beberapa cawangan MYDIN terpilih seluruh negara akan dibuka booth yang memasarkan produk-produk daripada Perusahaan Kecil & Sederhana.
Kalau korang lalu dan nampak booth ni, jangan lupa singgah untuk membeli ya. Kalau kita tak bantu peniaga kecil, siapa lagi nak tolong?
MYDIN unggul jadi pasaraya pilihan rakyat Malaysia
Terima kasih MYDIN kerana kekal relevan dan sentiasa ada ketika susah senang bersama rakyat Malaysia.
Sempena ulang tahun ke-65 MYDIN, jom rakyat Malaysia kita berbelanja dan jadikan MYDIN sebagai pasaraya pilihan.
Maklumat lanjut layari mydin.my.
*Tertakluk terma & syarat
Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.