Connect with us

Oh! Media

Masih ‘Blur’ Nak Pilih Kos Untuk Sambung Belajar? Ini Tips Untuk Adik-Adik Lepas SPM

Sambung belajar MMU

Branded

Masih ‘Blur’ Nak Pilih Kos Untuk Sambung Belajar? Ini Tips Untuk Adik-Adik Lepas SPM

Buat adik-adik yang baru je mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ni, tahniah Ohmedia ucapkan kerana korang dah berjaya mengharungi alam persekolahan yang pastinya mengajar korang banyak perkara.

Pejam celik, pejam celik tamat sudah dunia persekolahan dan the next step ialah korang akan melangkah ke alam universiti yang bakal menjadi titik mula kepada kehidupan dewasa.

Tapi kami faham sekarang ramai yang dalam dilema dan pertanyaan seperti “Aku kena sambung belajar ke?”, “Aku nak belajar apa?”, “Apa cita-cita aku?”. Pasti ada dalam kepala korang.

Nasihat kami walau apa pun impian korang, perkara yang pertama yang korang kena ada ialah ILMU. So, kali ni kami nak pilih jurusan pengajian supaya korang tak menyesal!

1. Dapatkan maklumat tentang jurusan atau universiti pilihan

Sementara ada waktu korang cuba search forum atau blog tentang kos/jurusan pilihan korang. Selain tu korang boleh cari juga, pengalaman sebenar pelajar semasa dan graduan yang ambil jurusan dari universiti yang korang pertimbangkan. Barulah korang boleh dapat gambaran sebenar.

2. Pergi ke Hari Terbuka Universiti

Perkara ni ramai terlepas pandang, selain program ‘Jom Masuk U’ yang diperkenalkan kerajaan, korang sebenarnya boleh berkunjung ke hari terbuka sesebuah universiti.

Dekat sini korang bukan saja dapat mempelajari tentang kehidupan sebagai pelajar universiti yang berkaitan malah akan ada juga senior yang boleh explain dengan lebih mendalam tentang sesuatu kos yang korang minat.

3. Ikut kata hati bukan pengaruh sekeliling!

Penting semasa buat pemilihan jurusan, pilih MINAT korang. Jangan ikut kata atau terlampau ikut tekanan sekeliling. Contohnya tengok kawan apply kos arkitek korang pun ikut walaupun sebenarnya minat bahagian digital.

Ni bahaya sebab bila korang tak boleh bawa kos tu, korang mungkin akan drop atau tukar aliran semasa pengajian. Kan dah buang masa!

4. Survey pusat pengajian yang menawarkan bantuan pelajaran

Sejujurnya salah satu sebab ramai tak nak melanjutkan pelajaran ialah kerana takut dengan kos pengajian yang perlu di bayar kelak. Tapi korang tak perlu risau, sekarang ni hampir semua pusat pengajian tinggi menawarkan bantuan kewangan untuk pelajar.

Sebagai contoh, Multimedia University (MMU), menawarkan pelbagai biasisiwa dan bantuan kewangan kepada pelajar berprestasi tinggi dan kurang berkemampuan.

Korang boleh mohon bantuan yang ditawarkan ni berdasarkan kelayakan korang. Mudah kan?!

5. Ketahui prospek kerjaya bidang pilihan

Memandangkan dunia digital kian berkembang, cabang ilmu berkaitan teknologi masa depan menjadi antara jurusan yang ‘demanding’ oleh majikan dekat pasaran.

Salah satu universiti terbaik di Malaysia yang menawarkan program berkaitan ialah MMU. Antara program yang ditawarkan ialah:

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Kepintaran Buatan Dengan Kepujian

Maklumat lanjut: KLIK SINI

Prospek kerjaya: Saintis Data, Pembangun Perisian Pintar, Perunding AI, Jurutera Pengetahuan, Jurutera Perisian dan Penganalisis Web

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Perisikan Perniagaan dan Analitis Dengan Kepujian

Maklumat lanjut: KLIK SINI

Prospek kerjaya: Pakar SAP, Saintis Data, Saintis Komputer, Juruaudit IT, Jurutera Pengetahuan, Perunding Perisikan Perniagaan, Penganalisis Perniagaan IT dan Penganalisis Web

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perusahaan Digital Dengan Kepujian

Maklumat lanjut: KLIK SINI

Prospek kerjaya: Perunding ERP, Analitis Data Perniagaan, Eksekutif Sokongan ERP, Perunding Proses Perniagaan, Perunding IT, Pengurus IT, Pembangun Aplikasi Mudah Alih, Pentadbir Pangkalan Data

Ijazah Sarjana Muda Sains Robotik Pintar Dengan Kepujian

Maklumat lanjut: KLIK SINI (BARU)

Prospek kerjaya: Pereka/Pengaturcara Sistem Robotik, AI dan Pembangun Pembelajaran Mesin, Pereka Sistem Terbenam, Pakar Kawalan dan Automasi, Juruteknologi Aplikasi Lapangan, Pereka Papan Litar Bercetak (PCB), Jurutera Pengeluaran dan Perancangan, Juruteknologi Industri 4.0

Ijazah Sarjana Muda Animasi Multimedia Dengan Kepujian

Maklumat lanjut: KLIK SINI 

Prospek Kerjaya: Pemodel, Artis Tekstur, Animator, Artis Papan Cerita, Artis Rigging, Pengarah Teknikal, Pengarah Kreatif, Pereka, Penulis Skrin, Artis Konsep, Penggubah, Pengarah Seni, Artis Pencahayaan, Artis Render, Artis 3D, Artis 2D, Editor

Ijazah Sarjana Muda Seni Sinematik Dengan Kepujian

Maklumat lanjut: KLIK SINI 

Prospek Kerjaya: Pengarah Filem, Penerbit Filem, Penulis Skrip, Editor Filem, Penerbitan Filem & Televisyen, Pengaturcaraan Televisyen, Showrunner, Pengiklanan, Pasca Produksi, Penulisan Skrin untuk Filem & Televisyen, Pembikinan Filem Dokumentari, Pendidikan Filem, Budaya & Industri Kreatif

MMU Menerajui Masa Depan Digital Anda

MMU boleh dikatakan sebagai salah satu universiti terkemuka di Malaysia dengan dua kampus utama di Cyberjaya dan Melaka yang menawarkan pelbagai program pengajian dalam bidang multimedia, teknologi, dan komunikasi. 

Ia merupakan universiti terbaik untuk korang lepasan SPM atau yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Korang jangan tunggu lama, sekarang ni MMU tengah buat pengambilan bulan Julai untuk jurusan yang kami kongsikan di atas. Kalau korang rasa nak menjadi salah seorang daripada peneraju generasi digital, jom jadi salah seorang pelajar MMU!

Maklumat lanjut tentang MMU korang boleh KLIK DI SINI.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas