Connect with us

Oh! Media

Mantap MR.DIY, Lagu Raya Sama Sama ‘Angkat’ Bahasa Isyarat. Kami Approve!

Ohmedia diy

Branded

Mantap MR.DIY, Lagu Raya Sama Sama ‘Angkat’ Bahasa Isyarat. Kami Approve!

Kalau sebut je lagu Raya, mesti yang terngiang-ngiang dulu ialah lagu viral dekat TikTok kan? Tahun ini, sah suasana Raya bakal jadi lagi havoc sebab MR.DIY bawakan semula “Raya Sama Sama” versi lebih panjang dan meriah.

Kalau sebelum ni hanya jingle ‘Raya Sama Sama’, MR.DIY nampaknya step up the game dengan mengeluarkan muzik video rasmi, siap ada gerakan tarian baru dan paling mencuri perhatian ada suntikan elemen bahasa isyarat untuk ucapan “Selamat Hari Raya”.

Macam ni baru betul-betul konsep Raya untuk semua!

Lagu “Raya Sama Sama 2026” – Lagi Catchy, Lagi On Repeat!

@kidzwan

Semakin hari, semakin excited nak raya ni! Family semua pun dah ready nak balik kampung sampai menari nari TikTok challenge ni hehe 🤩 #RayaSamaSamaMRDIY #MRDIY @MR.DIY Malaysia

♬ Raya Sama-Sama – Alif Satar

Ingat lagi tak “Raya Sama Sama” pernah cetus fenomena dengan lebih 31.6k video di TikTok masa tahun 2024? Seronok dapat tengok famili sama-sama buat trend ni masa berkumpul sama-sama. Sporting sungguh!

Tahun ini, ia kembali dengan versi extended yang dinyanyikan semula oleh duta Raya MR.DIY, Alif Satar bersama The Locos.

@mrdiy.malaysia

MR.DIY Raya Sama Sama 2026 MV is officially out 🌙✨ Siapa masih ingat version 2024? 🙋🏻‍♀️ Tahun ni kita bawakan extended version yang lagi best dan catchy, featuring Alif Satar & The Locos. Jangan lupa stream ‘Raya Sama Sama 2026’ on all digital platforms! #MRDIY #RayaSamaSama2026 #AlifSatarAndTheLocos

♬ Raya Sama Sama – MR.DIY feat. Alif Satar & The Locos

Bezanya kali ini, lagunya bukan saja sedap didengar, tapi lebih bermakna. MR.DIY siap tambah gerakan bahasa isyarat untuk frasa “Selamat Hari Raya”, menjadikan lagu ini benar-benar membawa semangat “Sama Sama” tak kira siapa pun, semua boleh sama-sama meraikannya.

Satu fakta menarik yang Ohmedia baru tahu, Alif Satar sendiri tahu berbahasa isyarat. Jadi memang kena sangat dengan mesej inklusif yang dibawakan MR.DIY tahun ini.

Raya Sama Sama Challenge – Menangi Hadiah Hingga RM80,000 & Peluang Jumpa Alif Satar!

Lagu dah ada, step tarian pun dah ready. Inilah masanya untuk kembalikan fenomena ‘Raya Sama Sama’. Kali ni ajaklah kawan-kawan dengan famili besar korang join Raya Sama Sama Challenge sebab ada hadiah bernilai sehingga RM 80,000 menanti korang!

Peraduan ni bermula dari 7 Mac hingga 7 April 2026. Cara penyertaan pun mudah tapi memang fun:

Langkah 1: Cari lagu Raya Sama Sama di TikTok atau Instagram.

Langkah 2: Rakam video tarian atau lip-sync bersama keluarga, kawan-kawan, sekolah atau komuniti. Lagi ramai lagi awesome!

Langkah 3: Post guna audio rasmi dengan hashtag #RayaSamaSama2026.

Langkah 4: Hantar penyertaan di mrdiy.co/RayaSamaSama2026.

Hadiah yang ditawarkan pun bukan biasa-biasa:

  • Hadiah Utama x3: 10g Gold Bar + Jemputan Rumah Terbuka (4 orang) 
  • Hadiah Kedua x5: 100g Silver Bar + Jemputan Rumah Terbuka (4 orang) 
  • Hadiah Ketiga x8: RM500 Tunai + Jemputan Rumah Terbuka (4 orang) 
  • Hadiah Saguhati x20: Baucar Tunai MR.DIY RM100 + Jemputan Rumah Terbuka (4 orang) 
  • Hadiah Khas Penyertaan Sekolah x 30: Baucar MR.DIY RM500 
  • Hadiah Penyertaan x50: Baucar MR.DIY RM20 

Bukan setakat boleh menang hadiah best, malah ada peluang eksklusif untuk hadir ke Rumah Terbuka dan berjumpa sendiri dengan Alif Satar dan The Locos. Kalau peminat tegar, ini memang peluang yang tak datang selalu.

Alif Satar Bergandingan Dengan Teuku Wisnu Dalam Kisah Menyentuh Hati Tentang Erti Kebersamaan 

Selain lagu dan challenge, MR.DIY turut menghasilkan filem Raya Sama Sama yang menyatukan bakat hebat Malaysia dan negara seberang, Indonesia.

Mengisahkan Izzat lakonan Alif Satar, rakyat Malaysia yang bekerja di Indonesia yang terkandas pulang ke tanah air akibat cuaca buruk.

Dia terpaksa menumpang rumah rakan sekerjanya, Rian yang dilakonkan oleh Teuku Wisnu, seorang yang ini kurang sehaluan dengannya.

Dari situ, bermulalah perjalanan emosi yang membuka mata tentang empati, persefahaman dan makna sebenar “Sama Sama”. Filem raya MR.DIY ini bukan sekadar hiburan, tapi menyampaikan mesej yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini, supaya tidak terlalu cepat bersangka buruk.

Setup Raya Istimewa & Aktiviti Hujung Minggu Yang Confirm Meriah Hanya Di MR.DIY

Tak lengkaplah hari raya kalau tak buat persiapan di MR.DIY kan? MR.DIY ada setup Raya di lima lokasi MR.DIY Plus sebagai port OOTD dan ambil gambar di Mid Valley Megamall KL, IPC Shopping Centre, MyTOWN Shopping Centre, Mid Valley Southkey, Johor Bahru dan Imago Shopping Mall, Sabah.

Pada 14 Mac 2026, pengunjung yang hadir ke MR.DIY Plus Mid Valley Megamall dapat  menikmati persembahan tarian tradisional, silat, dikir barat, bengkel bertemakan Raya serta kemunculan maskot PANDAi dan robot istimewa. Memang sesuai bawa keluarga dan anak-anak sekali.

Aktiviti akan berlangsung selama 1 jam bermula 1 petang hingga 2 petang sahaja. Jangan terlepas peluang ni okay!

Persiapan Raya? Semua Ada Di MR.DIY!

Dalam sibuk hafal lagu dan step video challenge, jangan lupa persiapan Raya pun kena jalan juga.

Tak payah cari jauh-jauh, MR.DIY tawarkan pelbagai barangan Raya seperti peralatan dapur, sampul duit raya, bekas kuih, tikar, bantal, dekorasi, aksesori dan macam-macam lagi. Semua boleh didapati di mana-mana cawangan MR.DIY seluruh negara.

Nak tengok koleksi penuh, boleh layari laman rasmi di https://www.mrdiy.com/mr-diy-raya-sama-sama-2026

Raya Kali Ini, Betul-Betul Sama Sama

MR.DIY nampaknya dah bukan sekadar tempat menjual barangan keperluan, tapi juga mencipta memori pengalaman yang buat orang rasa terlibat sama. Dari lagu viral yang upgrade, gerakan bahasa isyarat inklusif, challenge dengan hadiah lumayan, sampai ke filem raya yang menyentuh hati semuanya menuju satu mesej.

Raya bukan tentang seorang diri. Raya tentang kita. Tentang keluarga, kawan-kawan, komuniti. Tentang “Sama Sama”.

Jadi, dah ready hafal step Raya Sama Sama 2026? Jangan terkejut kalau lagu ni jadi soundtrack wajib setiap rumah bila Raya nanti.

Maklumat lanjut tentang promosi Raya Sama Sama KLIK SINI atau ikuti MR.DIY di Facebook, Instagram dan TikTok.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas