
Branded
Macao: Destinasi ‘Hidden Gem’ Muslim-Friendly Yang Patut Masuk Wishlist
Macao? Apa yang ada di Macao? Bukan ada kasino je ke? Mungkin itulah sekurangnya tanggapan pertama kami sebelum ke sini. Tapi ternyata semuanya salah sama sekali!
Jom kami kongsikan apa yang menarik dan mesti cuba di Macao. Bukan sekadar kasino je tau?
Macao Grand Prix Museum

Bagi peminat sukan permotoran, Macao Grand Prix Museum adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan! Muzium ini menampilkan sejarah perlumbaan terkenal Macao Grand Prix, dengan koleksi kereta lumba ikonik, simulator perlumbaan interaktif, serta pameran yang memperincikan kejayaan pelumba legenda.
Paling menarik perhatian semestinya patung lilin Lewis Hamilton dengan logo Petronas terpampang di dadanya. Bangga!
Teroka keindahan & keunikan seni bina bangunan Macao

Bentuk setiap bangunan di bandar Macao ini cukup rare dan unik. Confirm korang pun tak pernah nampak bangunan bersenibina seunik ini di bandar lain.
Melingkar, melengkung, bentuk organik, warna emas, gangsa, ada yang seakan bentuk ekor ikan juga. Cara paling onz untuk melihat sendiri pencakar langit ini adalah dengan Open Top Bus Tour.

Pemandu bas akan berhenti di beberapa spot bagi memberi peluang pelancong bergambar bersama bangunan ikonik di bandar ini.
Menu Wajib Cuba Egg Tart Lord Stow’s

Secara peribadi kami sebagai peminat drama Cina TVB di TV3 sewaktu membesar selalu terliur dengan tart telur Macao seperti dipaparkan.
Diberi peluang ke Macao, misi mencari tart telur zaman kanak-kanak akhirnya tercapai! Mengidam berpuluh tahun, ternyata memang berbaloi apabila merasa tart Lord Stow’s ini.

Kulit tart ini rangup dan flaky apabila digigit, tidak terlalu tebal, intinya pula manis berlemak dan berkrim. Citarasa paduan selera Portugis dan China, maka terhasillah snek yang diasaskan sejak 1980-an ini.
Jangan risau, egg tart ini adalah disahkan vegetarian dan dibuat berasingan dengan produk pastri yang lain.
Seni bina Portugis di Taipa House

Taipa Houses Museum merupakan salah satu tarikan bersejarah di Macao yang menampilkan keunikan seni bina kolonial Portugis. Dibina pada tahun 1921, kompleks ini terdiri daripada lima rumah hijau klasik yang dahulunya kediaman pegawai Portugis.

Kini, ia telah diubah menjadi muzium yang mempamerkan gabungan budaya Portugis dan Cina, dengan perabot antik, artifak bersejarah. Ada juga kedai cenderamata di kawasan ni, bolehlah beli ole-ole untuk keluarga.
Selami sejarah kilang mercun IEC Long

IEC Long Firecracker Factory merupakan bekas kilang mercun yang beroperasi sejak awal abad ke-20, ketika Macao terkenal sebagai pusat pembuatan mercun di rantau ini.
Hari ini, runtuhan kilang IEC Long Firecracker Factory menjadi tarikan unik yang membawa pengunjung menyelami sejarah industri mercun Macao. Struktur lama, dinding batu yang usang, serta suasana nostalgia menjadikannya lokasi menarik untuk sesi OOTD dan eksplorasi sejarah.
Melawat mercu tanda ikonik Macao

Mercu tanda paling ikonik di Macao, mewakili warisan seni bina kolonial Portugis yang unik. Dibina pada abad ke-17 sebagai sebahagian daripada Kolej St. Paul dan Gereja Mater Dei, bangunan ini pernah menjadi pusat keagamaan dan pendidikan Katolik yang penting di Asia.
Berhampiran tarikan ini adalah deretan kafe dan kedai bermacam jenis jualan seperti cenderamata, makanan, pakaian dan banyak lagi.
Menatap Big Ben dan Eiffel Tower tanpa perlu ke London, Paris

Replika Big Ben terletak di Londoner Macao, sebuah resort bertemakan Kota London. Dengan reka bentuk yang menyerupai menara asal di United Kingdom, ia menjadi lokasi bergambar popular bagi pengunjung.

Sementara itu, replika Menara Eiffel di The Parisian Macao memberikan suasana romantik seperti di Perancis. Struktur setinggi half-scale daripada Menara Eiffel sebenar ini bukan sahaja memukau, tetapi juga dilengkapi dek pemerhatian.
Semua ini dan banyak lagi sebenarnya tarikan di Macao yang korang boleh terokai sendiri. Trip kali ini dibawakan oleh Watsons dengan kerjasama Macao Tourism. Apa tunggu lagi, jom ke Macao?
