Connect with us

Oh! Media

Branded

Kualiti Macam Dekat Studio? HONOR X Harcourt Studio Akhirnya Tiba Di Pasaran. Gambar Portrait Yang Dihasil Bernilai Sehingga RM10,000?

Korang nak tahu tak, sekarang ni nak dapatkan kualiti gambar yang sempurna, tak perlu ke studio tau. Asalkan korang ada smartphone yang tepat, semua settle!  

Eh, seriusla? Dengan phone je boleh dapat kualiti seperti gunakan kamera? 

Tentulah boleh, dengan peranti terbaru HONOR iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro. Istimewa kali ini, HONOR telah bekerjasama dengan Harcourt Studio bagi menghasilkan peranti AI bertaraf studio. 

Bukan main lagi eh, kolaborasi HONOR kali ni. Hmm, agaknya apa yang istimewa sangat ya untuk peranti terbaru HONOR ni? 

Kamera Potret Dengan Teknologi AI, Menghasilkan Gambar Seumpama Karya Seni

HONOR X Harcourt

HONOR 200 Pro hadir dengan gabungan kamera yang cukup hebat iaitu kamera utama 50MP, kamera telephoto 50MP, kamera ultra lebar dan makro 12MP yang mampu merakam gambar dalam mode potret dan menghasilkan gambar yang berkualiti setaraf studio.

Bukan itu sahaja, kamera HONOR 200 Pro ini juga dilengkapi dengan sensor H9000 atau 1/1.3-inci yang dapat menghasilkan keupayaan pengesahan cahaya dan sokongan HDR yang digunakan bagi HONOR Magic6 Pro. 

Kerjasama ini juga berjaya menghasilkan teknologi enjin potret AI HONOR yang mampu mengenal pasti situasi penggambaran, menyesuaikan cahaya, warna dan komposisi secara automatik. 

Sebab itulah, setiap gambar yang dihasilkan oleh HONOR 200 Pro ini, seumpama karya seni yang dihasilkan oleh Harcourt Studio. 

Kalau korang nak tahu macam mana agaknya gambar yang dihasilkan oleh HONOR 200 Pro ni, meh sini kami share. 

HONOR X Harcourt

KAWAN! Uish, ini betul-betul berubah ni. Dah macam oppa Korea. Dengan menggunakan HONOR 200 Pro dah boleh dapatkan kualiti gambar macam ni ya.

HONOR X Harcourt

Underrated ke Overrated? Ha, ini akak yang selalu review drama tu kan. Min ada perasan sebelum ni Eiqa ada share dekat laman TikTok yang dia nak buat photoshoot dan makeover jadi Hong Hae In, watak dari drama terhangat sekarang ni, iaitu Queen Of Tears. 

Tak sangka, rupanya Eiqa pun photoshoot gunakan HONOR 200 Pro la. 

Nikmati Pengalaman AI Tanpa Batasan, Dengan Lebih Mudah

Siri HONOR 200 ini merupakan peranti Mid-range premium yang menawarkan pelbagai kelebihan dari segi reka-bentuk, paparan dan bateri. 

HONOR 200 yang dilengkapi dengan MagicOS 8.0 dan Android 14 ini juga dihadirkan dengan pelbagai teknologi AI seperti Magic Portal, AI Blur Private Info dan Smart Folder. 

Apa kelebihan teknologi AI sebenarnya ya? 

Kalau korang nak tahu, AI ni multi purpose tau. Pastinya, HONOR 200 dilengkapi dengan teknologi AI terkini! 

HONOR X Harcourt

Contohnya, Magic Portal yang mampu memahami dan mentafsir setiap tingkah laku pengguna dengan lebih pantas yang membolehkan korang mencari maklumat, seperti alamat ataupun gambar dengan lebih mudah. 

Paling penting, ia dah menyokong pelbagai aplikasi seperti Google, Google Maps, WhatsApp, Gmail, Google Search, Facebook, Instagram, X, TikTok, WeChat, dan Taobao. 

HONOR X Harcourt

Selain itu, HONOR juga menyediakan ciri Blur Private Info yang boleh mengaburkan maklumat sensitif seperti nama, kata laluan, dan maklumat peribadi melalui menu “share” sebelum imej dikongsikan. 

Ha, barulah mudah nak share screenshot lepas ni kan. 

Lebih Segar & Lebih Lena Dengan AI Eye Protection 

HONOR X Harcourt

“Main lagi telefon tu malam-malam, sebab tu lah mata cepat rosak…” 

Kalau mak ada filosofi mereka, siri HONOR 200 ada teknologi AI Eye Protection. 

Siri ini dilengkapi dengan teknologi pemalapan PWM 3840Hz yang dapat kurangkan kelipan skrin dalam suasana yang gelap dan sesuai untuk digunakan pada waktu malam. 

Selain itu, HONOR 200 juga hadir dengan ciri Circadian Night Display dan Dynamic Dimming yang dapat melaraskan kecerahan peranti korang secara automatik ke tahap yang optimal. Ia dapat mengurangkan keletihan mata dan tingkatkan kualiti tidur. 

Mak, dah ada peranti yang boleh buat kita tidur lena la. Dah tak boleh marah-marah! 

Istimewa bagi siri HONOR 200 Pro, ia mempunyai AI Natural Tone 2.0 yang dapat menyesuaikan suhu warna paparan berdasarkan cahaya di kawasan sekitar tau.  

Bateri Lebih Besar, Jangka Hayat Luar Biasa, Design Tetap On Point  

HONOR X Harcourt

Peranti lebih canggih, tapi tetap bateri jangan kalah! Semestinya hanya yang terbaik dengan HONOR 200. Bagi siri ini, HONOR hadirkan Bateri Karbon Silikon 5,200mAh yang lebih besar dengan prestasi dan jangka hayat yang luar biasa. 

Kedua-dua siri HONOR 200 ini menawarkan teknologi HONOR SuperCharge. HONOR 200 menggunakan SuperCharge berwayar 100 Watt, manakala HONOR 200 Pro menggunakan pengecasan 66W Wireless HONOR SuperCharge.

Paling penting, walaupun HONOR 200 dihadirkan dengan bateri yang cukup besar, reka bentuk peranti ini kekal nipis dan ringan. Barulah selesa nak guna nanti. 

Jaminan Sehingga 365 Hari, HONOR Yakin Peranti Lebih Tahan Lasak

HONOR X Harcourt

Sebelum ini kami pernah kongsikan peranti paling “sado”, siap diuji dengan pelbagai aksi ganas bagi membuktikan ketahanannya. Tak lain, tak bukan mestilah HONOR X9b. 

Menariknya bagi siri HONOR 200 ni, ia menggunakan Super Reinforced Glass yang turut digunakan bagi peranti HONOR X9b yang membuatkan peranti ini lebih tahan lasak. 

Tak percaya? Tapi HONOR yakin dengan perenati mereka. 

Sebab itulah HONOR juga menyediakan perkhidmatan penggantian bagi keretakan di bahagian depan dan belakang peranti sehingga 365 hari. HONOR juga menyediakan jaminan penggantian skrin dan kaca kamera dalam tempoh setahun secara PERCUMA! 

Psst, camera cover? Apa tu? 

Setaraf Peranti Flagship, HONOR 200 Dilengkapi Dengan Chip Snapdragon Terkini

HONOR X Harcourt

Bagi peminat peranti elektronik ataupun gamers mesti tahu kan chip yang digunakan bagi HONOR 200 Pro ni? Mana taknya, HONOR 200 Pro dilengkapi dengan chip mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 yang terkini.

Selain itu, HONOR 200 Pro juga menampilkan penambahbaikan dari segi chip iaitu HONOR C1 + RF yang dapat memastikan sambungan yang lebih optimum apabila digunakan.

Korang boleh miliki peranti ini pada harga RM2,699 (RAM 12GB + 512GB). 

Bagi HONOR 200, ia mempunyai spesifikasi yang tiada tandingan seperti 12GB RAM, sistem Telephoto 50MP dengan sensor Sony IMX856, Bateri Karbon Silikon 5200mAh, SuperCharge berwayar 100 Watt, dwi speaker stereo, dan sistem penstabilan dwi OIS+EIS. 

Korang juga dapat memilih storage mengikut keperluan seperti 256GB pada harga RM1,899 dan 512GB pada harga RM2,199. 

Pelbagai Warna Pilihan Idaman Tersedia 

“Warna putih ada tak? Ke nak warna pink eh…”

Eh, dah pilih warna ke tu? Korang jangan risau tau. Istimewa bagi siri HONOR 200 kali ini, HONOR kini hadir dengan 4 pilihan warna yang pastinya dapat memukau ramai. Hmm, nak tahu warna apa je yang ada? Jom kami share. 

HONOR X Harcourt

Ocean Cyan: Garis ‘S’ yang terbentuk halus di belakang menggambarkan reka bentuk seperti berada di persisiran pantai dengan warna yang memancarkan keindahan seperti lautan yang tenang di bawah cahaya matahari tenggelam. 

HONOR X Harcourt

Moonlight White: Merupakan peranti berwarna putih pertama yang dibawa oleh HONOR Malaysia. Warna ini menggambarkan cahaya bulan menerangi dengan lembutnya, memberikan sentuhan yang lebih tenang dan elegan. 

HONOR X Harcourt

Coral Pink: Warna idaman ramai para gadis. Ia menggambarkan keindahan di pantai berpasir merah jambu yang bersinar di bawah sinar matahari. 

HONOR X Harcourt

Hitam: Klasik dan mewah, kata yang boleh digambarkan bagi warna ini. Berbeza dengan warna hitam yang lain, warna ini dapat melihatkan kehalusan yang bersinar di bawah sinar matahari.  

Dapatkan Sekarang Dan Berpeluang Nikmati Hadiah Bernilai Lebih RM1,078

HONOR X Harcourt

Korang nak jadi pengguna terawal HONOR 200 dan berpeluang nikmati hadiah bernilai lebih RM1,078? Tentulah BOLEH! Korang dah boleh mula tempah sekarang sehingga 27 Jun ini dan dapat nikmati pelbagai tawaran dan hadiah yang disediakan ISTIMEWA bagi Pra-tempah je tau! 

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan peranti terkini, layari laman rasmi HONOR di Facebook dan Instagram

Saya bukan ratu berita tapi RATU PENULIS KANDUNGAN BERBAYAR HIHIHI

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas