Connect with us

Oh! Media

Korang Dah #JOM100? Ketahui Maksud Epik Di Sebalik Kempen Ni & Kenapa Ramai Join!

JOM100

Branded

Korang Dah #JOM100? Ketahui Maksud Epik Di Sebalik Kempen Ni & Kenapa Ramai Join!

Sejak minggu lepas, korang perasan tak, ramai selebriti yang kongsikan tentang JOM100 di media sosial mereka. Oh! Media tertanya juga apa dia JOM100 ni? Markah exam ke? Atau ada maksud lain disebaliknya?

Lepas kami buat sedikit ‘siasatan’, baru kami tahu yang JOM100 ni merupakan kempen terbaru daripada 100PLUS untuk memberikan motivasi dan inspirasi kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa memberikan yang TERBAIK dan 100% dalam setiap perkara yang dilakukan. 

Tak kiralah apa je yang korang buat sama ada bekerja, belajar atau sibuk melakukan perkara yang korang minat seperti menyanyi, menari dan skateboarding. Bila kita berikan yang terbaik, barulah kita rasa lebih puas dengan usaha kita. Betul tak?

Tapi sebelum tu, perkara pertama yang korang kena lakukan ialah kekal hidrat. Bila badan hidrat baru ada tenaga untuk lebih fokus dan tiada apa yang dapat menghalang dan mencabar korang!

Selebriti kongsi rahsia kekal hidrat, 100% fokus & bertenaga

Kami bukan saja-saja cakap tentang penghidratan ni tau, tapi dalam kehidupan yang makin sibuk ni, ramai yang lupa untuk menjaga diri sehingga tak dapat penghidratan secukupnya. Hasilnya, diri rasa lesu dan tak bermaya, sampai nak fokus pun susah!

Nak berikan penghidratan pada diri sebenarnya tak susah pun. 100PLUS kan ada! Sebagai minuman isotonik kegemaran rakyat Malaysia, 100PLUS ni dah lama setia bersama kita sebenarnya, dalam setiap saat suka dan duka. 

Apa yang membuatkan minuman isotonik 100PLUS ni istimewa ialah kandungan elektrolitnya yang memberikan penghidratan optimum agar kita kekal fokus dan mampu memberikan yang terbaik dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan. 

Bila badan dah cukup terhidrat, ia dapat menjadi booster kepada mental dan fizikal untuk bersemangat melakukan lebih lagi dan mencapai 100% korang!

Kongsikan momen JOM100 bersama 100PLUS

Walau sesibuk mana pun kehidupan korang, jangan lupa kekal hidrat dengan 100PLUS. 

Bila dah fokus dan bertenaga ni, barulah setiap perkara yang dilakukan jadi lebih bersemangat dan perform dengan 100% korang!

Pastikan diri korang bersedia 100% dalam semua perkara yang dilakukan. Jom sertai gerakan JOM100 ni, bagi memberikan inspirasi kepada mereka kat luar sana untuk kekal hidrat bagi mendapatkan hasil terbaik dalam apa saja yang dilakukan.

Nak join mudah je tau, paling penting follow dulu akaun 100PLUS di Instagram:

1. Rakam diri korang sedang bersemangat melakukan kerja atau apa jua perkara dengan usaha 100%

2. Sertakan sticker Instagram, korang hanya perlu cari  sticker ‘JOM100’ 

3. Kemudian kongsikan di laman Instagram korang, jangan lupa set akaun korang kepada ‘umum’ dan tag @my100PLUS dan #JOM100 serta #SemarakkanSemangatmu

Menarikkan kempen 100PLUS kali ni? Rasa lagi semangat pula nak berikan yang terbaik dalam hidup ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai JOM100, layari https://www.100plus.com.my/jom-100

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas