Branded
Kombinasi Unik, Shae.Co Hadir Dengan Siri Minuman Terbaru Menggabungkan Kelapa & Matcha!
Cuba bayangkan, dalam pada korang tengah berpanas-panasan, dapat pula basahkan tekak dengan air yang menyegarkan, lagi-lagi air sejuk. Fuhh, lega rasanya betul tak?
Tapi, nak tahu tak apa yang lagi menyegarkan selain air sejuk? Semestinya air kelapa, tambah pula air kelapa itu sejuk, memang nikmat!
Namun, jangan terkejut kalau kami kata kombinasi air kelapa dan matcha adalah yang terbaik dan paling nikmat untuk basahkan tekak. Haa, korang mesti terkejut dengan kombinasi ini kan?
Kalau korang tak percaya, apa kata korang cuba sendiri minuman terbaru daripada Shae.Co iaitu Shae.Co Matcha Coconut Series!
Nikmatnya Rasa Unik Fusion Kelapa & Matcha
Siapa sangka air kelapa dan serbuk matcha boleh digabungkan menjadi satu minuman yang memberikan nikmat tak terkata?
Kalau tanya kami, ia merupakan satu kombinasi unik yang bukan saja memberikan kesegaran, malah ia akan membuatkan korang tak berhenti minum tau!
Bukan itu saja, apa yang membuatkan kombinasi ini bertambah ‘umph’ adalah Shae.Co menggunakan serbuk matcha Ajisai Niko Neko premium tau! Baguskan?
Dalam siri minuman terbaru ini, mereka hadir dengan 4 jenis minuman seperti ,Matcha Coconut Juice, Matcha Coconut Shake, Dirty Matcha Coffee, Matcha Coconut Latte. Amboi, meriah!
Nak minuman yang menyegarkan? Matcha Coconut Juice adalah pilihan terbaik sebab kombinasi matcha dan jus kelapa saling melengkapi antara satu sama lain, membuatkan badan korang terus segar!
Tapi, kalau korang rasa Matcha Coconut Juice belum cukup padu, korang memang kena cuba Matcha Coconut Shake! Bayangkan cawan yang berisi ketulan ais, dicampur pula dengan matcha dan kelapa, memang lega tekak.
Korang suka minum latte? Kalau suka, kami syorkan korang untuk cuba Matcha Coconut Latte sebab gabungan trio pahit, manis dan berlemak ini pastinya akan melengkapkan hari dan mood korang.
Tapi, kami yakin mesti korang akan tertanya-tanya, sedap ke gabungan matcha dan kelapa ni?
Sejujurnya, tak rasa pelik langsung sebab kombinasi bahan ini sangat seimbang dan memberikan pengalaman baru buat korang dengan rasa keunikan fusion!
Bagi kami, Shae.Co Matcha Coconut Series adalah minuman yang wajib dicuba sebab dengan kemanisan air kelapa serta pahit-pahit daripada serbuk matcha, saling melengkapi antara satu sama lain, membuatkan minuman ini lebih sedap dan berbeza daripada minuman lain.
Kalau korang rasa kombinasi matcha dan kelapa tak cukup mencabar, apa kata korang cuba kombinasi kopi dan matcha pula menerusi Dirty Matcha Coffee. Haa, ada berani ke tak?
Apa-apa pun, bagi kami kombinasi antara matcha dan kelapa ini sangat unik dan rugi sangat kalau korang tak cuba dan rasai sendiri! Paling penting, kombinasi kedua bahan ini pun bagus untuk kesihatan tau.
Menggalakkan Penghidratan & Antioksidan Dalam Badan
Dengan cuaca tak menentu sekarang ni, semestinya badan kita memerlukan tenaga dan penghidratan yang mencukupi betul tak?
Percaya ataupun tidak, kombinasi antara kelapa dan matcha bukan saja memberikan rasa unik, malah ia juga menjadi sumber tenaga yang bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Kalau korang nak tahu, matcha merupakan bahan yang kaya dengan antioksidan serta bagus dalam merangsang tenaga bersih dalam badan tanpa memberikan sebarang kesan sampingan kafein.
Manakala, kelapa pula memberikan penghidratan optimum yang diperlukan oleh badan, dalam masa sama merupakan sumber lemak sihat.
Jadi, dengan gabungan kedua-dua bahan ini, ia pastinya akan memberikan khasiat yang cukup untuk kesihatan tubuh badan korang.
Agak-agak, lepas korang dah baca perkongsian kami ni, korang nak cuba tak Shae.Co Matcha Coconut Series? Bagi kami, rugi sangat kalau korang tak cuba!
Jadi, korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan Shae.Co Matcha Coconut Series sekarang di cawangan Shae.Co berdekatan!
Maklumat lanjut tentang Shae.Co Matcha Coconut Series, layari laman web rasmi Shae.Co atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM