Connect with us

Oh! Media

Branded

Kita Akan Tahu Hari Raya Aidilfitri Hampir Tiba Bila Semua Ini Berlaku…

“Ho ho ho… Balik kampung… Hati girang…”, bila dengar lagu Sudirman ni keluar radio, itu petanda Hari Raya Aidilfitri hampir tiba. Masa ni hati memang dah tak sabar nak pulang ke kampung jumpa ibu ayah, atuk dan nenek, ziarah rumah kawan-kawan dan macam-macam lah kita buat masa ni. Hilang semua masalah dalam kepala.

Tapi tahun lepas, sambutan Hari Raya 2020 sedikit berbeza bila negara dilanda wabak Covid-19 sehingga kerajaan terpaksa umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang kita dari merentas negeri pulang ke kampung.

Apapun, saban tahun menjelang Aidilfitri petanda sama akan kita lihat. Petanda ini semualah yang kembali memeriahkan hari raya kita.

Ibu kita sudah mula agihkan tugas dekat anak-anak

Siapa malas buat tugasan yang ibu dah bagi ni, jangan harap la nak dapat duit raya. Waktu kita kecil dulu, anak lelaki mesti akan ditugaskan mengecat rumah dan yang perempuan kena masuk dapur buat biskut raya berbalang-balang dan kemas rumah.

Siapa yang tak dapat rentas negeri balik kampung, tetap ada tugasan ok! Dia kena beli kuih raya dan hantar kampung guna pos laju. Kah!

Whatsapp group dah mula penuh dengan tempahan Hari Raya

Mana yang asyik gagal buat kuih raya tu boleh la tolong kawan-kawan berniaga dalam Whatsapp group. Waktu pandemik ni memang ramai yang cuba nasib berniaga jana pendapatan sampingan. Kita tinggal pilih je nak tempah kuih raya, rendang, lemang, baju kurung, baju melayu, semuanya ada. Haa, siapa nak tempah biskut Almond London dengan Ohmedia boleh pm, hehe…

Sambutan bertambah meriah dengan iklan Hari Raya Aidilfitri

Seakan sudah menjadi tradisi, sambutan hari raya mungkin kurang serinya tanpa iklan hari raya yang disiarkan di kaca televisyen mahupun media sosial. Seperti tahun lepas, suasana hari raya dalam norma baharu menjadi tema setiap syarikat dalam menghasilkan iklan raya yang kreatif dan menyentuh perasaan.

Ohmedia teringat pula iklan hari raya Planta dulu-dulu yang ada keretapi lepas tu ada lelaki jalan kaki lalu tepi sawah balik kampung. Walaupun iklan dulu-dulu pendek, tapi tetap ingat sampai sekarang.

“Planta Menyempurnakan Hari Raya Kita”, ada betul juga slogan Planta ni sebab kalau tiada Planta tiadalah kuih raya, kalau tiada kuih raya, tiadalah hari raya. Ibu kita dulu mesti guna Planta dalam setiap kek dan kuih raya, barulah aroma dia mengancam.

Sampai sekarang bila sebut marjerin mesti akan teringat tin kuning Planta yang sangat sinonim dengan hari raya. Produk makanan berasaskan tumbuhan semula jadi seperti Planta memang menjadi pilihan sebab ia lebih sihat kerana mengandungi vitamin A, D, E, B1, B2, B6, B12, folic acid dan niacin. Siapa yang kata marjerin ni tak sihat, korang silap!

Jadi tak hairanlah kalau kita selalu raikan Hari Raya dengan Planta dan menjadi jenama marjerin terkemuka di Malaysia serta menjadi pilihan para ibu untuk bersama anak-anak mengukir kenangan indah.

Apapun, sama-sama kita doakan agar Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat kita semua. Terus patuh SOP yang ditetapkan bagi memastikan keluarga dan insan tersayang terlindung dari wabak bahaya. #KitaJagaKita

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas