Connect with us

Oh! Media

“Jangan Gosok Nanti Muka Berkedut!”, Guna Penanggal Solekan TERBARU Dari Hada Labo Ini

Hada Labo Micellar Water Oh! Media

Branded

“Jangan Gosok Nanti Muka Berkedut!”, Guna Penanggal Solekan TERBARU Dari Hada Labo Ini

Pernah tak wajah anda break out apabila lupa menanggalkan solekan yang dipakai seharian? Ini merupakan perkara normal kerana kulit wajah menghantar signal bahawa terdapat bakteria yang berkumpul (punca jerawat dan bintik putih) serta kulit tak boleh bernafas.

Sebab itulah penting untuk anda pastikan bahawa solekan ditanggalkan sepenuhnya daripada wajah sebelum mencuci muka. Tapi perasan tak, sesetengah penanggal solekan boleh mengakibatkan kulit menjadi kering. 

Seriuslah??!!

Kalau anda menggunakan solekan setiap hari, pastikan anda memilih penanggal solekan yang lembut pada wajah. Nak lebih mudah, praktikkan  ‘Japanese Way of Beauty’ untuk menanggalkan sisa solekan. 

Solekan tanggal, wajah pun bersih!

Hada Labo Perkenal Pore Refining Micellar Water, Menanggal Solekan & Menjaga Wajah 2 Dalam 1

Membersihkan wajah merupakan langkah terpenting dalam rutin penjagaan kulit. Pembersihan Gaya Jepun memastikan semua kotoran dihilangkan/ditanggalkan termasukkan di dalam pori-pori tanpa menghilangkan lembapan. Malah membantu menghidratkan wajah.

Di pasaran terdapat banyak penanggal solekan atau Micellar Water yang berfungsi untuk membantu menghilangkan solekan di wajah. Namun begitu, ada yang mempunyai kesan sampingan seperti menyebabkan  kepedihan mata atau kulit terasa ketat dan kering selepas pembersihan. Selain itu, menggosok muka berulang kali untuk menanggalkan mekap kalis air juga boleh mengakibatkan kedutan pada wajah dan garis-garis halus!

Sebab itulah kali ni kami nak recommend penanggal solekan terbaru di pasaran, Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water. Ia bukan sahaja mampu menanggalkan solekan kalis air yang berat dengan mudah, malah tidak mengandungi bahan yang membahayakan dan yang paling best ia turut menjaga kulit wajah.

Apa Yang Membuatkan Hada Labo Pore Refining Micellar Water Berbeza?

1. Kulit lebih sihat dan lembap setiap kali dibersihkan

Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water mengandung bahan dengan penghidratan tinggi dan menyihatkan. Tidak terhad sebagai pembersih solekan semata-mata.

Ia mengandungi air mawar yang membantu menenangkan dan mencerahkan tona kulit, 2 jenis Hyaluronic Acid untuk penghidratan berganda, 2 jenis lipid (Phospholipids + Sphingolipids) yang mempunyai fungsi yang sama seperti Ceramide bagi menguatkan penghalang kulit dan meningkatkan pengekalan kelembapan.

Selain itu, protein susu pula membantu menyubur, melembut dan menghidratkan kulit wajah. Semakin anda membersihkan semakin rasa terhidrat. Tak perlu risau walaupun terpaksa menanggalkan solekan beberapa kali sehari!

2. Mengandungi bahan penapisan pori berkualiti tinggi

Penanggal solekan Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water turut mengandungi enzim berganda yang memberikan kesan secara mendalam untuk menghalang pori-pori daripada tersumbah dan menanggalkan sel-sel kulit mati bagi mengelakkan bintik hitam dan cela. 

Hasilnya tekstur kulit bertambah baik menjadi lebih lembut dan licin. Minyak dan cela pada wajah pun turut berkurang.

3. Bebas bahan berbahaya

Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water tidak  Sesuai untuk menyebabkan masalah kepedihan mata. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, walaupun untuk kulit sensitif dan mudah berjerawat. 

Jangan risau, kerana penanggal solekan ini tidak diuji menggunakan haiwan selain bebas daripada alkohol, pewangi dan pewarna.

4. Membersih Dengan Mudah & Berkesan

Paling menarik, penanggal solekan daripada Hada Labo ini menggunakan teknologi mikro-molekul penulen kulit yang unik bagi menanggalkan semua jenis solek kalis air dari muka, mata dan bibir dengan lembut. 

Anda tidak perlu menggosok berulang kali untuk menanggalkan mekap kalis air yang berat sekalipun kerana gosokan/tenyeh secara berulang kali boleh menyebabkan kedutan dan garis halus pada wajah.

Macam Mana Nak Gunakan Hada Labo Pore Refining Micellar Water

Langkah 1: Goncangkan botol Hada Labo Pore Refining Micellar Water

Langkah 2:Tuangkan di atas kapas pembersih muka

Langkah 3: Lap solekan sehingga bersih

Kami dah menggunakan sendiri Hada Labo Pore Refining Micellar Water. Hanya dengan sekali swipe kesan solekan hilang.

Wajah Bersih & Sihat Dengan Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water 

Bertukarlah kepada Hada Labo Pore Refining Micellar Water untuk penanggal solekan yang lebih bersih serta wajah yang lebih bersih dan sihat.

Dapatkan produk ini di farmasi berdekatan sekarang. Nak tau lebih lanjut tentang mengenai Hada Labo Pore Refining Micellar Water layari laman web rasmi Hada Labo atau ikuti media sosial mereka di Facebook.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas