Connect with us

Oh! Media

HONOR MagicBook 15 & HONOR Band 6 Dapat Tempahan Tinggi Sebaik Sahaja Dilancarkan Di Malaysia

Branded

HONOR MagicBook 15 & HONOR Band 6 Dapat Tempahan Tinggi Sebaik Sahaja Dilancarkan Di Malaysia

Pada 13 Mei 2021 lepas, HONOR Malaysia telah melancarkan laptop terbaru mereka iaitu HONOR MagicBook 15 dan siapa sangka ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ini kerana banyak yang ditawarkan HONOR Malaysia untuk model terbaru tersebut.

HONOR MagicBook 15 turut dilancarkan bersama gelang pintar HONOR Band 6 dan setiap pembelian berpeluang untuk dapatkan hadiah bernilai RM300 merangkumi sebuah beg galas laptop, Bluetooth mouse dan sebuah kotak hadiah HONOR yang ohsem!

HONOR MagicBook 15 ini dijual pada harga RM3,699 dan HONOR Band 6 pula boleh didapatkan pada harga RM189 sahaja.

HONOR MagicBook 15 dilengkapi pemprosesan Generasi ke-11 Intel Core i5 yang lebih cekap!

HONOR MagicBook 15 pastinya dikeluarkan dengan kecekapan lebih baik dari model terdahulu dan kali ini ia turut disertakan dengan WIFI-6 bagi memastikan panggilan video dan audio lebih jelas serta tidak tersekat-sekat. Disebabkan ia sangat sesuai digunakan untuk melakukan tugasan di pejabat mahupun kegunaan pelajar.

Skrinnya bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920X1080 dan turut mendapat sijil Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland. Ia berfungi untuk menjaga kesihatan mata kita dari cahaya biru skrin dan mata akan rasa lebih selesa serta tidak rasa penat bila terpaksa menggunakan laptop pada waktu yang lama.

Rekaan HONOR MagicBook 15 paling menarik perhatian apabila ia dibina dengan kerangka aloi aluminium yang mempunyai daya ketahanan yang sangat baik selepas menjalani ujian makmal. Permukaannya yang tidak mudah calar bila terhentak pada permukaan keras memang sangat sesuai dibawa ke mana sahaja. Ciri-ciri lain seperti berikut:

  • Memori 16GB RAM DDR4.
  • Storan dalaman 512GB PCIe NVMe SSD.
  • Kad grafik Intel Iris Xe.
  • Berat 1.56kg.
  • Ketebalan 16.9mm.
  • Pengecasan pantas 65W (USB Type-C)

HONOR Band 6 tampil dengan skrin lebih besar dan pengecahan pantas. Caj 10 minit dah boleh pakai selama 3 hari, Wow!

HONOR Band 6 yang menawarkan skrin lebih besar AMOLED 1.47 inci dengan resolusi 368X194. Skrinnya 148% lebih besar daripada generasi peranti sebelumnya dan juga jenama gelang pintar lain di pasaran. Ini memudahkan pengguna membaca maklumat yang dipaparkan pada skrin dengan jelas.

Di sudut kesihatan pula, HONOR Band 6 amat disyorkan kepada pengguna yang menitik berat kecergasan badan kerana menampilkan fungsi 10 mod senaman selain dilengkapi sensor 6-paksi. HONOR akan menambahbaik sistemnya ke 96 mod senaman pada masa depan.  

Dengan penularan pandemik Covid-19, gelang pintar ini amat berguna untuk memantau tahap kesihatan kerana dapat mengawasi degupan jantung selama 24 jam pada masa sebenar serta mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2).

Peringatan dikeluarkan sekiranya berlaku degupan jantung abnormal agar pengguna dapat mengawasi kesihatan jantung. Selain itu, terdapat ciri tambahan iaitu mengawasi kitaran haid yang membantu golongan wanita memantau waktu kesuburan, kitaran dan simptom fizikal. 

Kredit: Facebook HONOR Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas