Connect with us

Oh! Media

Geram Tengok Orang Tukar Kereta Lain Setiap Bulan! Ini Cara Miliki Kereta Idaman & Jimat!

Branded

Geram Tengok Orang Tukar Kereta Lain Setiap Bulan! Ini Cara Miliki Kereta Idaman & Jimat!

Bila sebut tentang langganan, mesti kita akan terbayang Spotify, Netflix dan banyak lagi. Tapi siapa sangka kita juga boleh lakukan langganan untuk dapatkan kereta yang diidamkan. Jadi tak peliklah kalau kita selalu tengok orang tukar kereta baru tiap-tiap bulan tu.Haha!

Lagipun pemilikan kereta ni liabiliti yang harganya pasti akan banyak jatuh dari harga asal. Jika dulu kita hanya ada 2 pilihan sahaja dalam pemilikan kereta samaada sewa beli atau pembelian tunai. Tetapi sekarang kita boleh dapatkan perkhidmatan langganan dari Flux. Macam mana tu?

Flux lebih mudah dan kurang kertas kerja!

Flux membolehkan kita untuk melanggan kereta yang diidamkan dengan lebih pantas tanpa melalui banyak urusan, lebih banyak fleksibiliti dan lebih sedikit rentetan.

Apa yang buatkan Flux lebih jimat & berbaloi berbanding pembelian kereta loan?

Dari kajian Ohmedia, Flux menawarkan pembayaran 58% lebih sedikit untuk bayaran pendahuluan. Kita juga belanjakan 33% lebih jimat untuk kos insuran, cukai jalan dan sebagainya untuk tahun pertama penggunaan kenderaan jika dibandingkan dengan pembelian kereta secara loan.

Kenapa penjimatan ini boleh berlaku? Ini kerana kita tak perlu pening kepala fikir nak bayar insuran, cukai jalan, servis kereta dan banyak lagi kos tambahan yang perlu dilakukan setiap tahun.

Lihat contoh pengiraan ni! Mesti korang tak percaya!

Besar juga kos yang kita keluarkan untuk tahun pertama pembelian ni.

Betul ke boleh pilih apa sahaja kereta yang kita mahukan?

Dari pemerhatian Ohmedia, ya kita boleh memilih pelbagai jenis model tersedia dari jenama terkenal. Tidak kiralah dari jenis sedan, SUV, MPV hingga ke trak pikap juga kita boleh miliki. Selepas memilih kenderaan, kita boleh melanggan bulan ke bulan atau terus lakukan kontrak jangka panjang antara 12, 24 dan 36 bulan.

Untuk pengetahuan korang, lebih lama masa langganan yang kita ambil, lebih murah bayaran bulanan yang kita akan peroleh.

Jom kita tengok kereta apa lagi yang ada dekat website https://www.driveflux.com ni.

Macam mana nak langgan kereta bersama Flux?

  1. Langkah pertama kita hanya perlu mendaftar di https://www.driveflux.com/register dan proses ini sangat mudah dan cepat.
  2. Kemudian kita boleh pilih kenderaan dari pelbagai jenama yang diinginkan. Kena pilih cepat sebab ramai yang akan tempah kenderaan mereka juga.
  3. Lakukan pembayaran muka dengan penjimatan sehingga 80%.
  4. Pilih tempoh langganan yang dimahukan di antara bulan ke bulan atau ambil kontrak jangka masa panjang antara 12, 24 dan 36 bulan.
  5. Dapatkan kereta dan enjoy perjalanan dengan hati yang senang tanpa fikirkan kos tambahan lain.

Itu sahaja 5 langkah mudah yang korang perlu lakukan. Pada penghujung tempoh langganan, kita boleh memilih samaada ingin menyambung tempoh langganan atau tukar kepada kereta yang baharu atau pulangkan kereta kepada Flux.

Oh ya, kita juga boleh terus membeli kereta langganan jika korang rasa tertarik dengan kereta yang telah dilanggan. Mudah kan?

Jadi bolehlah kita bergaya dengan kereta idaman dan jalan ke mana sahaja kita mahukan tanpa perlu pening kepala buat pinjaman loan. Dengan Flux yang boleh merealisasikan impian kita untuk memiliki kereta idaman dengan mudah dan jimat.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh terus ke https://www.driveflux.com.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas