Branded
FILA Bold Moves, Beautiful Play Rasmi di Malaysia! Jadi Yang Bertuah Sertai Pelancaran Eksklusif Bersama Barisan Selebriti Terkenal
Jarang jenama besar nak jemput peminat datang private event ni kan?
Haaa.. Eksklusif untuk peminat FILA, FILA Malaysia nak ‘ajak’ korang untuk merasai pengalaman eksklusif menghadiri FILA Private Launch dengan tema Bold Moves, Beautiful Play.
Barisan Selebriti Terkenal di FILA Private Launch
Bayangkan korang berpeluang bertemu selebriti dan influencer terkenal Malaysia di FILA Private Launch.
Antara nama besar yang akan memeriahkan acara ialah Hun Haqeem, Imran Aqil, Gen1es dan Elizabeth Tan. Ada juga Sweet Qismina, Daniel Fong, Christian Didier, dan ramai lagi.
Korang akan dihiburkan dengan Persembahan DJ Cherrybomb, boleh rakam gambar di Photobooth Interaktif, sertai aktiviti sporty Power Serve Cage dan jangan lupa bawa balik doorgift dan hadiah istimewa yang merupakan barangan eksklusif FILA.
Wow Ada Koleksi Terbaru FILA!
Pada acara FILA Private Launch, korang turut berpeluang untuk melihat secara dekat koleksi terkini FILA seperti Tennis Club Collection dan kasut ikonik Tennis – Targa Forte dan Targa Club LT.

Koleksi ini direka khas untuk mereka yang mementingkan prestasi dan gaya, koleksi ini sesuai untuk anda yang gemarkan langkah berani dalam kehidupan. Tak sabarnya!
Hari Istimewa untuk Peminat FILA
Bagi korang yang minat FILA, inilah peluang yang korang tak boleh lepaskan!
Macam mana nak join?
Bermula sekarang hingga 11 Disember 2024!
Hanya lengkapkan langkah mudah berikut untuk berpeluang memenangi jemputan eksklusif dan menghabiskan hari yang tidak dapat dilupakan bersama selebriti terkenal tempatan.
Langkah 1: Ikuti akaun Instagram rasmi @fila.malaysia
Langkah 2: Komen pada posting ini “Saya suka FILA kerana…” dan hashtag #FILAPrivateLaunch #BoldMovesBeautifulPlay
Langkah 3: Tag rakan yang korang nak bawa
Langkah 4:Kongsi posting ini untuk meningkatkan peluang korang untuk menang!
Senarai pemenang akan diumumkan di Instagram @fila.malaysia!
Raikan Semangat FILA
FILA Private Launch ni sebenarnya turut meraikan FILA di Malaysia mengembangkan cawangan mereka dengan pembukaan kedai utama di Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid, dan IOI City Mall.
Di mana, FILA bermatlamat untuk terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengekspresikan keunikan diri melalui pakaian sukan premium yang menggabungkan fungsi dan fesyen.
Maklumat lanjut tentang produk terbaru FILA dan FILA Private Launch ikuti FILA Malaysia di Instagram.
Good luck!
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM