Connect with us

Oh! Media

Dah Ready Nak Tengok MAMA 2021? Ini Apa Yang Peminat K-pop Kena Tau. Tak Sabarnya!

Branded

Dah Ready Nak Tengok MAMA 2021? Ini Apa Yang Peminat K-pop Kena Tau. Tak Sabarnya!

Ada kat sini yang layan muzik pop Korea Selatan (K-Pop)? Korang tau tak. yang anugerah muzik yang paling dinantikan, Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2021 kini kembali!

Memandangkan muzik KPOP merupakan satu fenomena global, termasuk kat negara ini. JOOX Malaysia bakal membawakan siaran langsung anugerah berprestij ini secara PERCUMA kepada semua pengguna. Daebak!

Kalau korang tengok di platform lain seperti YouTube, korang akan dikenakan bayaran sebanyak US20 untuk setiap akaun. Jadi mana yang korang nak pilih? Mestilah yang free kan?

Paling best korang boleh enjoy menyaksikan artis kegemaran korang di acara karpet merah dan juga majlis anugerah tau. Buat reminder siap-siap waktu kat bawah ni: 

  • Karpet merah: 3 petang (waktu Malaysia)
  • Majlis anugerah: 5 petang (waktu Malaysia)

Siapa lineup MAMA 2021?

Ni paling ramai nantikan, tahun ni MAMA akan menampilkan barisan artis popular terkini iaitu aespa, ATEEZ, Brave Girls, ENHYPEN, INI, ITZY, JO1, NCT 127, NCT DREAM, Stray Kids dan TXT. 

Paling istimewa dan bakal mengukir sejarah tersendiri semestinya reunion kumpulan Wanna One, yang bakal membuat persembahan dan mengubat kerinduan peminat buat pertama kali sejak pembubaran kumpulan itu pada Januari 2019. Tak sabarnya!

Bakal bersiaran pada 11 Disember 2021 (Sabtu) , reserved ‘tempat’ korang untuk tidak ketinggalan menyaksikan MAMA 2021 dengan klik di SINI.

Seperti biasa pentas MAMA akan menjadi saksi kehebatan muzik K-Pop di mata dunia. Tahun ni menyaksikan pencalonan sengit daripada artis-artis berbakat dan popular seperti BTS, IU, Lisa dan Rosé BLACKPINK, KAI EXO, BAEKHYUN, DO, Kang Daniel, AESPA, ITZY, ENHYPEN, TXT, DAY6, NCT 127, SEVENTEEN, TWICE dan ramai lagi.

Adakah BTS dan BLACKPINK masing-masing akan mengekalkan kejuaraan mereka sebagai Artis Berkumpulan Lelaki dan Wanita Terbaik? Atau akan ada kejutan menanti? Ketahui segalanya di MAMA 2021 yang akan dihoskan oleh ikon K-pop Lee Hyori.

Maklumat lanjut tentang MAMA korang boleh klik di SINI.

Selain tonton MAMA 2021 secara langsung di JOOX, korang juga sebenarnya boleh  menyaksikan ulang siar anugerah MAMA 2021 ini melalui Video Atas Permintaan (VOD), jika nak tengok kembali atau terlepas persembahan artis kegemaran korang.

“K-Pop ternyata mencatat sejarah tersendiri dan terus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu genre muzik terbaik dunia tahun ini, dengan membawa lebih ramai artis K-Pop ke peringkat global. 

Kami tahu bahawa pengguna JOOX tidak akan pernah merasa puas dengan K-Pop, maka kami di sini sentiasa komited untuk memberikan muzik dan hiburan terbaik yang digemari oleh mereka”Poshu Yeung, Senior Vice President of JOOX

Dengan JOOX, korang pasti tidak akan terlepas lagu, konsert dan acara K-Pop terkini dan yang terhangat! 

Nikmati muzik K-Pop dan antarabangsa kegemaran korang serta persembahan secara langsung pada bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada  dengan dengan memuat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX pada  Apple App Store dan Google Play Store

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

#MAMAonJOOXMY #KPOPonJOOXMY #BTSonJOOX  #JOOXMY

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas