Kalau berkunjung ke Penang ada pelbagai kafe yang beroperasi dengan pelbagai menu, memang tak terkira dari yang popular sampailah ke jenama underrated.
Untuk tidak ketinggalan dengan trend ini, jenama santan nombor 1 Malaysia, Kara kini memperkenalkan Kara Barista Coconut Milk dan mula meneroka peluang di kafe-kafe sekitar Penang menerusi Program Kara Café Immersion.
Bertempat di Macallum Connoisseurs, Georgetown, cafe takeover ini meraikan komuniti kafe dan barista untuk merasai sendiri nikmat aroma kopi menggunakan susu kelapa.
Cerminan komitmen 25 tahun
“Di Kara, perjalanan kami dalam dunia kafe dipacu oleh prinsip yang sama yang telah membentuk kami selama lebih 25 tahun, bermula dengan kelapa berkualiti dan menghasilkan produk yang benar-benar berfungsi untuk kegunaan pengguna.
“Kara Barista Coconut Milk mencerminkan komitmen kami untuk menyokong rakan kafe dengan bahan yang boleh mereka harapkan, tanpa menjejaskan rasa, tekstur atau konsistensi,” kata Encik Susanto, Pengarah Kara Marketing Malaysia.
Seni latte curi perhatian
Café Immersion menghimpunkan lebih 30 pemilik kafe dan barista untuk pengalaman secara hands-on, memberi peluang kepada mereka melihat sendiri bagaimana Kara Barista Coconut Milk digunakan dalam situasi sebenar di kafe.
Dalam sesi ini, resepi seni latte istimewa menggunakan Kara Barista Coconut Milk ditampilkan pada Kara Coconut Latte dan Kara Coconut Matcha Latte.
Bukan sahaja pada minuman panas, produk ini juga kekal cantik dan berkrim pada minuman sejuk seperti Kara Tropical Cold Brew, minuman berinspirasikan Piña Colada.
Dalam pada itu, Kara Coco Jack Bliss minuman menyegarkan coconut frappe dengan buah nangka turut mendapat perhatian.
Minuman boleh dinikmati di kafe terpilih
Program ini bukan sekadar program melibatkan minuman. Tetapi peluang untuk barista dan pengusaha kafe berkumpul, berkongsi idea serta pendapat dan meluaskan rangkaian sesama mereka.
“Program Kara Café Immersion tidak berakhir hari ini. Resipi yang dihasilkan di kafe Kara Café Immersion ini akan diteruskan sebagai sebahagian daripada menu kafe, membolehkan pengguna menikmati minuman hasil ciptaan barista ini walaupun selepas sesi ini,” kata Shah Rizal, Pengurus Jenama Kara Malaysia.
Gabung kreativiti penyediaan kopi
Melalui Café Immersion, Kara menggabungkan kreativiti barista dalam penyediaan kopi dengan cara yang cukup serasi dengan suasana kafe di Penang.
Ia bukan sekadar menawarkan pilihan susu alternatif, tetapi tentang menaikkan lagi pengalaman dalam setiap cawan yang dihidangkan.
Kara Barista Coconut Milk kini boleh didapati di pasar raya seperti AEON, AEON Big, NSK Grocer, Village Grocer, Hero Market atau secara online di Karta Supermall.
Kongsikan artikel ini:
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM