Connect with us

Oh! Media

7DAYS Kembali Dengan Kontes Baru Sempena Piala Dunia! Berpeluang dapat Merchandise Eksklusif!

7DAYS

Branded

7DAYS Kembali Dengan Kontes Baru Sempena Piala Dunia! Berpeluang dapat Merchandise Eksklusif!

Mana dia peminat bola sepak? Korang dah ready belum nak saksikan kejohanan bola sepak yang dinantikan seluruh dunia, Piala Dunia FIFA 2022?

Walaupun kejohanan rasmi bakal bermula pertengahan bulan hadapan, Ohmedia dah dapat rasakan kehangatan perlawanan yang bakal berlangsung tahun ni. Korang agak negara mana bakal menjadi juara tahun ni? 

Adakah Perancis akan mengekalkan kejuaraan atau England bakal membuat kejutan? Tak kisahlah negara mana  yang korang predict, min rasa Costa Rica akan menang tahun ni!

Cakap pasal tengok World Cup ni, tak lengkap rasanya kalau tengok bola tapi tak mengunyah sesuatu. Haa.. Ni kami nak cadangkan snek untuk teman korang tengok bola!

Jom Layan Bola Sambil Makan Kroisan 7DAYS!

Selalu kalau layan bola atau tonton drama di televisyen, korang mesti cari sesuatu yang boleh dijadikan snacking food kan? Kalau asyik makan mee segera je, bosan pula. Kali ni, apa kata korang gantikan snek korang tu dengan kroisan 7DAYS. Confirm tak cari lain dah!

Bila sebut je pasal kroisan ni, korang mesti dah terbayang rasa empuk dan kelembutan setiap gigitan tu kan? Nak pulak kalau tengah lapar. Pergh satu pun tak CUKUP! 

Kalau dulu bila cakap pasal kroisan je mesti rasa mahal. Mana tidaknya, kalau ada pun dekat kedai kek dan pastri je. Tapi sekarang dah tak risau, kroisan 7DAYS kan ada!

Kroisan 7DAYS ni dibuat menggunakan bahan yang berkualiti tinggi. Dohnya pula dibakar secara authentic dan ditambah  dengan inti yang lemak berkrim. Pergh… Telan air liur min!

Setiap pek kroisan daripada 7DAYS ni kemudian akan dipek dengan rapi dan teliti untuk memastikan kroisan yang korang beli akan kekal fresh dan sedap macam  korang makan dekat kafe ‘T20’!

Filling yang berbeza, Keenakan rasa yang sama

Buat korang yang tak tahu, kroisan daripada 7DAYS ni datang dalam pelbagai perisa tau. Antaranya inti coklat, vanila, jagung dan mentega. Yang lebih syok, inti Strawberi pun ada! Macam ni tak payah susah-susah pergi Cameron Highlands kalau craving kroisan strawberi!

Tambahan pula, produk pra-pembungkusan kroisan dari 7DAYS ni bukan je bagi korang rasa kenyang, tapi bagi korang kepuasan bila boleh buka dan makan je kroisan ni BILA-BILA MASA, DI MANA SAJA! Makan dengan ahli keluarga pun boleh!

Bila dah jual dalam pek tersedia macam ni, memang senangla nak simpan. Kalau lapar, grab je je satu di mana saja dan pada bila-bila masa. Nak share dengan kawan-kawan dan famili pun boleh!

Sertai kontes dari 7DAYS dengan pembelian serendah RM5 je!

Ni dia yang korang nantikan, macam mana nak menang merchandise eksklusif World Cups daripada 7DAYS!

Mudah saja, ikut langkah di bawah ni:

Buat pembelian produk kroisan 7DAYS dengan pembelian minima RM5 dalam satu resit di cawangan Giants, Lotus, MyNews, 99 Speedmart atau mana-mana supermarket/ minimarket dan kedai runcit berhampiran rumah korang.

  1. Imbas kod QR yang ada pada pek kroisan 7DAYS untuk mengakses ke laman mikro 7DAYS. 
  2. Jawab soalan yang diberikan.
  3. Korang akan diberikan passport digital dan PERLU menghantar bukti (resit) pembelian pada laman mikro 7DAYS.
  4.  Lengkapkan ayat yang diberikan 7DAYS dan tidak melebihi 20 patah perkataan.

Makin EPIK ayat korang, makin CERAH lah peluang korang untuk MENANG!

Berpeluang untuk memenangi Merchandise Eksklusif dari 7DAYS

Haa, nak tahu tak hadiah apa yang korang berpeluang untuk menang tu? Jeng..Jeng..Jeng…

Korang berpeluang untuk memenangi merchandise eksklusif edisi 7DAYS WORLD CUP hanya dengan menyertai kontes ni! Siap ada starter kit dari pelbagai negara lagi. Smart woo! 

Chop.. chop.. nak tahu tak apa barangan yang ada dalam kotak merchandise tu? Haa, antara barangannya ialah Passport holder, thunder sticks, buku nota, beg bertali dan sudah semestinya kroisan dari 7DAYS!

Satu pemenang je ke? Haa, kali ini 7DAYS nak ‘payung’ hadiah untuk 20 orang pemenang. Bukan untuk sebulan, tapi SETIAP MINGGU tau!  Kontes 7DAYS ini akan bermula dari 17 Oktober 2022 sehingga 13 November 2022. Jadi, korang dah boleh get ready!

Untuk maklumat lanjut tentang kontes 7DAYS atau produk kroisan dari 7DAYS ni, layari laman web rasmi 7DAYS atau ikuti media sosial mereka di Facebook dan Instagram. Jangan lepaskan peluang ini, mungkin korang pun ada chance nak menang!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas