Connect with us

Oh! Media

3 Sebab Utama OPPO Find X5 Pro 5G Wajib Beli, Siap Dapat Hadiah Bernilai RM2,098

Branded

3 Sebab Utama OPPO Find X5 Pro 5G Wajib Beli, Siap Dapat Hadiah Bernilai RM2,098

OPPO baru-baru ini melancarkan model Find X5 Pro 5G yang didatangkan dengan rekaan menawan, kamera yang menghasilkan gambar berkualiti tinggi, prestasi mengagumkan serta bateri berkapasiti besar. Semuanya memenuhi kriteria yang menjadikan model ini patut korang miliki. Jom kami kongsikan 3 sebab utama OPPO Find X5 Pro 5G paling berbaloi dibeli sekarang.

Kamera

OPPO Find X5 Pro 5G menggunakan cip MariSilicon X untuk pengimejan lebih baik yang membolehkan ciri seperti Video 4K Ultra malam. Ini bermakna pengguna boleh merakam video dalam keadaan kurang cahaya serendah 5 lux tapi masih memberikan sebaran warna, dinamik tinggi, perincian dipertingkat dan kurang noise pada gambar.

OPPO Find X5 Pro bukan hanya menggunakan MariSilicon X untuk mengelakkan noise pada waktu malam, malah masih mengekalkan warna yang menawan. Model ini juga didatangkan dengan yang memaparkan  lebih 10 bilion warna. Hasilnya tona dan gred warna lebih lembut, menjadikan paparan lebih mendalam walaupun hanya dengan perubahan minimum warna.

Kamera utamanya turut menggunakan penstabilan 5 paksi. Model ini mempunyai paksi 5 tahap single lens reflex (SLR) yang menggabungkan 2 paksi penukaran lensa dan 3 paksi penukaran sensor.

Ini bermakna OPPO Find X5 Pro 5G mempunyai teknologi anti-gegaran berbanding anti-gegaran optikal (OIS). Kalau smartphone biasa masih mampu berfungsi dengan baik ketika pegun, OPPO mahu memberikan gambar bebas kabur untuk penggunanya. Sensor RGBW pula mengumpul 60% lebih cahaya untuk gambar lebih terperinci.

Menambah lagi sebab kenapa model ini patut dimiliki bagi mereka yang sukakan mobilegrafi adalah kerjasama jenama ini dengan Hasselblad. Dengan Leveraging Natural Colour Calibration dengan Hasselblad, OPPO mensasarkan untuk membawakan rona kulit paling semula jadi bagi fotografi potret

Xpan mode

Salah satu kejayaan kolaborasi OPPO dengan Hasselblad adalah Find X5 Pro 5G turut memiliki ciri mod panorama yang membuatkan gambar ultra lebar dengan gaya Hasselblad format XPan

Prosesor

OPPO Find X5 Pro 5G ini dikuasakan cip pemprosesan Snapgragon 8 Gen 1. Ini menjadikannya menawarkan pengalaman gaming atau aplikasi tanpa gangguan. Segalanya beroperasi pantas dari kamera, penstriman sehinggalah bermain game. Snapdragon 8 Gen 1 adalah chipset paling diyakini setakat ini, tentulah prestasi bukan calang-calang.

Bateri & pengecas

Selain ciri utamanya, OPPO juga tidak ketinggalan memberi penekanan kepada jangka hayat bateri model ini. Kapasiti setinggi 5000mAh bateri dual-cell turut meningkatkan kapasiti lebih 11% berbanding Find X3 Pro sebelum ini.

Teknologi pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, OPPO Find X5 Pro 5G boleh dicas dari hampir 0% kepada 50% dalam hanya 12 minit. Manakala 50W AIRVOOC pula mampu mengecas sehingga 100% dalam hanya 47 minit sahaja!

Promosi Jualan Pertama

Masih ragu-ragu sama ada untuk membeli model ini atau tidak? Pada kami, OPPO Find X5 Pro 5G wajib dimiliki bagi fotografi. Kamera, prestasi pantas, rekaan menarik, tidak ada sebab untuk mengatakan tidak.

Bagi promosi Jualan Pertama dari 28 hingga 29 Mei 2022, pembeli OPPO Find X5 Pro 5G juga akan menerima hadiah istimewa. Pembeli berpeluang mendapatkan OPPO Enco X2 bernilai RM799 dan boleh menuntut keahlian Gold pada My OPPO app dengan ganjaran sehingga RM1,299. Kunjungi OPPO Brands Store berhampiran atau lawati https://bit.ly/3wKqyMp untuk info lanjut. 

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas