Connect with us

Oh! Media

Sedih Dan Luluh Hati Si Ibu, Anak Menangis Digelak Rakan Sekolah Kerana Tiada Ayah

Befunky collage  1

Trending

Sedih Dan Luluh Hati Si Ibu, Anak Menangis Digelak Rakan Sekolah Kerana Tiada Ayah

Setiap orang pasti mengimpikan perkahwinan mereka itu kekal hingga ke akhir hayat. Namun buat mereka yang kematian suami mahupun isteri, tanggungjawab menjaga anak-anak dan keluarga itu akan digalas sepenuhnya kepada mereka seorang diri tanpa pasangan hidup mereka.

BACA: “Padan Muka Ibu Dia Dah Meninggal” – Anak Shuib Balik Menangis Kena Ejek Di Sekolah

Lebih-lebih lagi buat si isteri yang kehilangan suami, sudah pasti tanggungjawab itu akan dijalankan dengan sebaik mungkin demi kelangsungan hidup anak-anak mereka itu tanpa insan bergelar suami dan juga ayah buat anak-anak mereka.

IKLAN

Luluh hati si ibu apabila anak diejek rakan sekolah

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai anak kepada Allahyarhamah Siti Sarah yang menangis diejek rakan sekolah kerana tidak mempunyai ibu.

Terbaru, satu ciapan dimuatnaik pengacara dan penulis lirik, Fedtri Yahya yang berkongsi luahan perasaan dibuat seorang ibu tunggal mula tular di Twitter.

Menerusi hantaran mesej ke Twitter Fedtri, ibu tunggal itu meluahkan perasaan risaunya selepas melihat kelakuan anak bongsunya yang hanya mendiamkan diri ketika berada di dalam kereta.

Wanita itu kemudiannya bertanyakan mengenai keadaan anaknya dan jawapan yang diberikan anaknya sangat menyedihkan hati ibu tunggal itu.

Tiba-tiba dia menangis. Katanya, kawan dia gelakkan dia kerana tidak mempunyai ayah.

Budak sekarang tiada budi bahasa

Ciapan yang dibuat Fedtri itu mendapat pelbagai respon dari warganet. Rata-rata mereka bersimpati dengan anak kepada ibu tunggal itu serta ada juga yang mengatakan kebanyakkan kanak-kanak zaman sekarang tidak mempunyai budi bahasa yang sopan.

Screenshot 2022 06 04 at 113853
Screenshot 2022 06 04 at 113902
Screenshot 2022 06 04 at 113922
Screenshot 2022 06 04 at 113936

Perkara sebegini sebenarnya sudah berlaku sejak dulu lagi. Itulah perihal yang sering dilakukan insan bergelar kanak-kanak sebaliknya, kita yang matang dan lebih berumur ini perlu mendidik mereka untuk sentiasa berbudi bahasa terhadap orang sekeliling.

Kredit: Twitter Fedtri Yahya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas