Connect with us

Oh! Media

Lari Minta Bantuan, Budak Lima Tahun Jadi Saksi Ibu Kena Tikam

39266733 efe5 483e b06d 0d71be63d6b9

Trending

Lari Minta Bantuan, Budak Lima Tahun Jadi Saksi Ibu Kena Tikam

Mayat seorang wanita ditemui dengan beberapa kesan tikam pada badan dan kejadian itu dioercayai telah disaksikan anaknya sendiri yang baru saja berusia 5 tahun. Allahu, sedihnya…

BACA : Tular Video Lelaki Nak Masuk Kereta Ditembak Dengan Jarak Kurang 1 Meter

Menurut laporan Astro Awani, kejadian berlaku di bilik sewanya yang terletak di Bandar Baru Batu Kawah, Kuching dan disedari kenalan mangsa yang merupakan pengusaha kedai kopi berhampiran.

IKLAN

Menurut pengusaha itu, anak kepada mangsa menangis sambil berlari ke kedai miliknya itu.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, pengusaha terbabit telah membawa kanak-kanak berkenaan kembali ke rumah mereka, dan menemui mangsa yang berlumuran darah.

Kemudian, dia terus pergi membuat laporan polis dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad.

Polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit.

Apa kes ni? Kalau betul anak mangsa jadi saksi memang si pelaku tu tiada hati perut langsung. Semoga pihak polis berjaya tangkap individu yang terlibat dengan segera!

Kredit: Astro Awani 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas