Connect with us

Oh! Media

Ustazah Asma’ Tegur Artis ‘Bangga’ Tunai Umrah 3 Kali Walau Tak Bertudung

Cover Photo Om 1200 X 675   2022 05 25t170334331

Trending

Ustazah Asma’ Tegur Artis ‘Bangga’ Tunai Umrah 3 Kali Walau Tak Bertudung

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil menegur seorang artis yang baru-baru ini mengaitkan kewajipan menutup aurat dengan menunaikan umrah di Tanah Suci.

BACA: “Belum Pakai Tudung Tapi Allah Jemput Saya Tiga Kali Dah” – Ifa Raziah Bidas Kecaman Netizen Soal Aurat

Menerusi satu rakaman sesi live yang tular di TikTok, selebriti itu mengeluarkan kenyataan sudah tiga kali menunaikan umrah walaupun masih lagi tidak bertudung.

IKLAN

Terbaru, penceramah Ustazah Asma’ Harun tampil memberi teguran bahawa ramai yang keliru mengenai keutamaan antara yang wajib dan yang sunat.

Katanya tunai umrah adalah sunat muakad, tutup aurat pula wajib.

Ustazah Asma

Mengenai rezeki yang melimpah ruah walaupun hidup dalam keadaan fasiq, Ustazah Asma’ berpesan supaya berhati-hati kerana bimbang ianya musibah tersembunyi.

Katanya, tanda istidraj seseorang adalah apabila Allah SWT membiarkan dia dalam maksiat dan tidak segerakan azab ke atasnya.

Tambahnya, peluang untuk ke Tanah Suci memang kepada mereka yang terpilih tetapi yang menjadi kayu ukur sebenar apakah perubahan yang berlaku selepas pulang daripada umrah atau haji.

Jelas beliau, tindakan orang ramai menegur bukanlah mengambil kerja Tuhan sebaliknya mereka sedapa upaya melaksanakan tugas yang diperintah sebagai seorang saudara seagama.

Para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggaan atau anugerah, sebaliknya hanya alat dan amanah untuk digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemungkaran.

Penceramah ini juga bimbang dosa seseorang masih berjalan disebabkan foto atau video mendedahkan aurat meskipun empunya badan sudah meninggal dunia.

Kredit: Ustazah Asma’ Harun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas