Connect with us

Oh! Media

“Sekiranya Jahil Boleh Dimaafkan, Namun..” Ini Respon Tegas Mufti N9 Bila Sabrina Burukkan Imej Islam

Ohmedia sabrina mufti

Oh! Artis

“Sekiranya Jahil Boleh Dimaafkan, Namun..” Ini Respon Tegas Mufti N9 Bila Sabrina Burukkan Imej Islam

Macam mana kita nak bendung pemikiran sebegini zaman sekarang? Tidak dinafikan makin ramai orang Islam yang hanya tertulis pada kad pengenalan mereka tetapi jahil dengan agama mereka sendiri. Itulah hakikat yang patut kita terima dan ubah demi masa depan agama Islam.

Itulah juga tanggapan yang diterima seorang pelajar perempuan Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti Korea Selatan selepas mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh merosakkan imej Islam. Korang boleh baca apa yang berlaku sampai kecoh dekat artikel bawah.

BACA: “Saya Suka Hijab, Saya Suka Menari” – Youtuber Dikecam Campur Aduk Agama Dan Hobi

IKLAN

Popular dengan nama Sabrina dan memiliki hampir 400 ribu pengikut di Instagram turut menarik perhatian Mufti Agama Islam Negeri Sembilan, Sahibus Samihah Dato’ Hj Mohd Yusof Bin Hj Ahmad untuk memberi teguran dan nasihat.

Satu penghinaan kepada agama…

Hj Yusof menyatakan apa yang dikatakan oleh Sabrina dalam temubual bersama BBC World Sercive itu bergantung kepada beberapa keadaan seperti adakah dia jahil atau tidak.

Sekiranya jahil tentang Islam, dia boleh dimaafkan. Namun begitu, jika dia seorang muslim yang benar-benar tahu mengenai hukum hakam, maka kata-katanya itu merupakan penghinaan kepada agama. – Tegas Mufti.

Seorang muslim perlu berilmu…

29133728 1111424982330813 4621249106709315584 o

Ini bagi memastikan maruah seseorang penganutnya sentiasa terpelihara daripada runtunan nafsu syaitan yang sentiasa mendorong kepada keburukan.

Dengan ilmu yang lengkap, iman yang mantap, seorang muslim akan bermuhasabah dapat mengkoreksi diri menjadi manusia yang berjiwa kental dan tenang. Ini seterusnya dapat melihat Islam sebagai suatu anugerah Allah SWT yang indah dan tak ternilai. – Jelas Mufti lagi.

Semoga nasihat dari Mufti Negeri Sembilan ini turut dijadikan peringatan kepada kita semua untuk sentiasa ikut ajaran Islam yang sebenar. Memang benar agama Islam itu tidak menghalang untuk sesiapa sahaja melakukan apa yang mereka sukai tetapi perlu sentiasa berpandukan pada ajaran Islam.

Kredit: BuzzKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas