Trending
‘Boncengkan’ Motor Kawan Yang Rosak, Netizen Puji Semangat Setia Kawan Geng Konvoi
Mereka yang meminati bidang permotoran pasti akan menyertai konvoi beramai-ramai untuk pergi ke sesuatu destinasi. Sudah pasti ketika dalam perjalanan itu, akan adanya dugaan dan cabaran yang boleh merencatkan perancangan mereka semasa konvoi.
BACA: Berang Sistem Tidak Berfungsi, Netizen Puji Tindakan ‘King’ Myvi Rempuh Palang Tol RFID
Kenangan manis sebelum aidilfitri
Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna bernama BangPik di Tiktok, dia berkongsi detik motosikal seorang rakannya yang mengalami kerosakan yang dipercayai berpunca daripada ‘bearing’ tayar yang pecah di tepi sebuah lebuh raya di Johor.
@misaiberpintal Kenangan manis sebelum aidilfitri ☺️ #fyp #fypシ #lc135 ♬ Indahnya Beraya Di Desa – Azlina Aziz
Video tersebut mendapat perhatian netizen apabila beberapa penunggang motosikal berpakat untuk ‘membonceng’ motosikal yang rosak itu ke atas sebuah motosikal yang lain sambil diawasi oleh pembonceng di belakang.
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan mereka sambil mengiringi motosikal terbabit bagi memastikan keselamatannya terjamin.
Netizen puji semangat setia kawan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan sekumpulan penunggang motosikal tersebut yang sentiasa bersama ketika rakan yang lain memerlukan pertolongan.



Kredit: TikTok BangPik
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM