Connect with us

Oh! Media

(Video) Suami Tunai Hajat Arwah Isteri, Photoshoot Raya Sedondon Sambil Pegang Gambar

Befunky collage 1

Trending

(Video) Suami Tunai Hajat Arwah Isteri, Photoshoot Raya Sedondon Sambil Pegang Gambar

Hari Raya merupakan hari yang ditunggu-tunggu untuk diraikan bersama keluarga tersayang. Tambahan pula, tahun ini kita dapat pulang ke kampung bagi meraikan lebaran bersama keluarga setelah dua tahun tidak dapat pulang beraya.

BACA: Tiap Tahun Raya Belah Mentua, Isteri Makan Hati Raya Ke-5 Baru Balik Kampung Sendiri

Beraya tanpa isteri di sisi

Namun begitu, terdapat juga mereka yang tidak mempunyai peluang untuk meraikan hari lebaran bersama yang tersayang.

IKLAN
@fitrinruslee Rindu yg tiada penghujung. potrait raya keluarga Rahman #fyp #fypdongggggggg #studioraya #fitrinruslee ♬ original sound – Fitrin Ruslee

Tular satu perkongsian seorang jurugambar Fitrin Ruslee di akaun TikToknya, apabila seorang lelaki datang bersama ahli keluarganya untuk melakukan sesi fotografi sempena hari lebaran yang bakal menjelma nanti.

Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan lelaki yang bercermin mata itu baru sahaja kehilangan isteri kesayangan disebabkan oleh barah yang dihadapi serta terkena jangkitan Covid-19 sebelum Ramadan lagi.

Screenshot 2022 04 28 at 123301

Lelaki tersebut yang juga merupakan bekas ‘client’ kepada Fitri mengatakan bahawa arwah isterinya berhajat untuk mengadakan sesi fotografi seisi keluarga pada raya nanti dengan memakai pakaian sedondon berwarna kuning cair.

Oleh itu, lelaki tersebut menunaikan permintaan arwah isterinya meskipun terpaksa melakukan sesi fotografi tanpa si isteri di sisi.

Tidak dapat menahan sebak

Screenshot 2022 04 28 at 123624

Dapat dilihat lelaki tersebut mengesat air matanya kerana tidak dapat menahan sebak tatkala memegang bingkai gambar arwah isterinya ketika sesi fotografi sedang berlangsung.

Netizen turut sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video yang dikongsikan jurugambar itu dan mendoakan agar lelaki tersebut terus tabah dalam menghadapi ujian ini.

Screenshot 2022 04 28 at 124452
Screenshot 2022 04 28 at 124501
Screenshot 2022 04 28 at 124509

Kami di Oh! Media mendoakan agar roh Allahyarhamah Hanis Rahman ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin

Kredit: TikTok fitrinruslee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas