Trending
Abang Sebak Terima Hadiah, Tindakan Adik Menari Di Belakang Cuit Hati Netizen
Pastinya setiap orang ternanti-nanti hadiah yang akan diterima setiap kali ulang tahun. Nak-nak pula bila hadiah tersebut diberikan oleh orang yang tersayang. Pasti ia akan menjadi lebih bermakna.
BACA: Bapa ‘Bungkus’ Mainan Satu Badan Demi Anak Dipuji Netizen
Hadiah dari ayah dan ibu
Menerusi sebuah video di TikTok yang dimuat naik pengguna @lieza_9861, dia berkongsi detik dia dan suami membuat kejutan sempena ulang tahun anaknya.
@lieza_9681 Besday sebak dpt present dari Ayah. ,Ibu, ayah x minx byk just nak Adam Ashraff blaja rajin2 dan jadi anak yg soleh di dunia & akhirat
♬ Penantian – bigboss
Dapat dilihat puteranya itu gembira dengan kejutan dan pemberian tersebut namun dengan tiba-tiba sebak dan mula menangis tatkala membuka pemberian ibu dan bapanya itu.
Namun gelagat adik yang teruja dan terus menari di hadapan pintu rumah mereka berjaya mencuri perhatian netizen.
Boleh pula kau menari dekat belakang tu dik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli hati dengan gelagat si adik itu dan ada yang turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada si abang di ruangan komen.



Kredit: TikTok lieza_9681
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM