Connect with us

Oh! Media

(Video) Netizen Sebak Lihat Keadaan Keluarga Mangsa Nahas Boieng 737 Meratap Di Airport

Ohmedia boieng737

Trending

(Video) Netizen Sebak Lihat Keadaan Keluarga Mangsa Nahas Boieng 737 Meratap Di Airport

Seakan sama seperti tragedi yang pernah berlaku beberapa tahun lalu pada pesawat Malaysia, semalam dunia digemparkan dengan khabar duka sebuah pesawat jenis Boeing 737 milik China Eastern Airlines dilaporkan terhempas.

BACA: Pesawat Boeing 737 Terhempas Di China, Bawa 133 Penumpang

Kejadian berlaku sewaktu pesawat terbabit dalam berjalanan dari Bandar Kunming ke Guangzhao, malah ia turut sempat dirakam oleh beberapa pengguna jalan raya di sekitar kawasan pergunungan itu.

IKLAN

Difahamkan, pesawat yang baru saja berusia 6 tahun itu terputus hubungan dengan menara kawalan di atas Bandar Wuzhou dan selepas insiden berlaku, penduduk kawasan pergi ke lokasi, lalu mendapati beberapa badan pesawat telah musnah.

@eifin828 #mu5735 #fyp ♬ original sound – eifne828

Turut dipercayai oleh pasukan pencari serta penyelamat bahawa seramai 123 penumpang termasuk 9 orang kru tidak terselamat dari insiden yang berlaku.

Dalam pada itu, tular satu video di TikTok memaparkan beberapa keluarga mangsa sedang meratapi pemergian orang tersayang di lapangan terbang dan terdapat satu video kelihatan seorang lelaki sedang menangis, difahamkan anak serta isterinya merupakan mangsa pesawat terhempas itu.

Rata-rata netizen tumpang rasa sedih serta sebak apabila melihat keluarga-keluarga mangsa, malah tidak dapat bayangkan perasaan mereka jika berada di tempat keluarga mangsa.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas