Connect with us

Oh! Media

Muat Naik Kandungan Berunsur Jelik Dan Lucah, Zul Ariffin Disiasat Bawah Akta KMM

Zula

Oh! Artis

Muat Naik Kandungan Berunsur Jelik Dan Lucah, Zul Ariffin Disiasat Bawah Akta KMM

Sedar melakukan kesilapan, pelakon Zul Ariffin menerusi satu kenyataan di Instagram semalam memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan paparan video babak panas.

Jelas pelakon ini, di masa hadapan dia akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk dipromosikan di media sosial.

BACA: Zul Ariffin Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf Isu Babak Panas

IKLAN

Terbaru, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan proses undang-undang akan tetap dijalankan kepada pelakon itu.

Dia akan disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik kandungan di Instagram yang menyalahi undang-undang.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.

Photo1647921101

Annuar Musa turut menegaskan adegan panas yang tular tidak akan dibenarkan untuk tayangan sama ada pada bulan Ramadan atau bulan-bulan yang lain. Beliau menggesa semua pihak menjaga nilai dan budaya masyarakat negara ini.

Kredit: Twitter Annuar Musa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas