Connect with us

Oh! Media

KPDNHEP Sahkan Tiada DNA Khinzir Pada Produk Sotong Ring Yang Tular

Artikel 1 163

Trending

KPDNHEP Sahkan Tiada DNA Khinzir Pada Produk Sotong Ring Yang Tular

Sebelum ini tular di media sosial, dakwaan mengatakan produk sejuk beku sotong ring memiliki DNA babi dan membuatkan syarikat berkenaan mahu saman netizen yang menyebarkan fitnah tersebut.

BACA: Syarikat Bakal Saman Netizen Sebar Fitnah, Nafi Produk Sotong Ring Daripada Dubur Babi

Menurut laporan Harian Metro, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah sahkan bahawa tiada DNA babi dikesan pada sampel sotong ring tersebut.

IKLAN

Netizen perlu hati-hati ketika menyebarkan maklumat

Mskini
Foto Wong Weng Loon | Malaysiakinicom

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menteri KPDNHEP menyatakan bahawa makmal Jabatan Kimia Malaysia sudah menjalankan identifikasi analisis porsin ke atas sampel sotong ring yang tular itu.

Keputusan yang diterima mengesahkan tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit.

Sehubungan itu, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial termasuk isu berkaitan halal kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai.

Siasatan tersebut telah dilakukan kerana ada pihak-pihak yang mendakwa sotong ring di sebuah premis di Perlis mengandungi rektum babi.

KPDNHEP telah menyita kesemua produk sotong ring dan beberapa dokumen perniagaan untuk melakukan siasatan lanjut. Siasatan pemerikasaan telah dilakukan di beberapa premis sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Untuk rakyat Malaysia, berhentilah menyebarkan berita yang tak pasti dan palsu. Pastikan kongsi berita yang tidak menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai okay!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas