Trending
Netizen Tak Puas Hati Nasi Lemak Dapat Rating ‘Okay’, Kalah Dengan Bubur Ayam Indonesia
Pada
Oleh
Gara-gara meletakkan kedudukan nasi lemak sebagai ‘okay’ dengan rating 3.9 bintang, hantaran di laman Facebook TasteAtlas menerima reaksi kurang menyenangkan netizen Malaysia.
Dalam senarai yang memaparkan makanan terbaik Asia Tenggara itu, nasi lemak berada seiring dengan chillie crab dari Singapura dan banh xeo dari Vietnam.
Sementara itu, hidangan lumpiang Shanghai dan tortang talong dari Filipina berada di kedudukan teratas dengan 4.8 bintang diikuti bubur ayam Indonesia sebanyak 4.7 bintang.
Hidangan Pho dari negara Vietnam, Pad Thai dari Thailand dan Satay dari Indonesia pula dilabelkan sebagai ‘Great’. Difahamkan, kedudukan ini ditentukan berdasarkan undian pengikut laman Facebook TasteAtlas sendiri.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mempertikaikan keputusan undian. Masing-masing tampil mempertahankan keenakan makanan kegemaran masing-masing terutamanya nasi lemak.





Ada juga yang mempertahankan bubur ayam Indonesia dan menyatakan hidangan itu bukanlah ‘kosong’ seperti yang disangkakan. Bubur ayam itu dipenuhi dengan pelbagai lauk pauk sebagai pelengkap hidangan.
Kredit: TasteAtlas
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Najib Razak dilihat keluar dari Penjara Kajang selepas menjelaskan denda RM50 juta dalam kes SRC International.
Rosmah Mansor tidak mengetahui dakwaan wakil Najib membayar denda RM50 juta bagi membolehkan suaminya menjalani tahanan...
Tabung Solidariti Najib berjaya mencapai sasaran apabila UMNO selesai membuat pembayaran denda RM50 juta kepada Mahkamah...
Zahid Hamidi ingatkan jentera BN supaya berhemah ketika berkempen menjelang PRN Melaka bagi mengelakkan pertelingkahan.
Pemergian seorang ibu pastinya meninggalkan kehilangan yang cukup besar buat anak-anak dan keluarga. Hargailah ibu bapa...