Connect with us

Oh! Media

Budak 4 Tahun Ajak Rakan Tiru Aksi P*rno Lepas Tengok Video Dalam ‘Phone’ Ibu

Ohmedia seksual kanak2

Trending

Budak 4 Tahun Ajak Rakan Tiru Aksi P*rno Lepas Tengok Video Dalam ‘Phone’ Ibu

Sering kali pakar mengatakan pendedahan pornografi di usia muda sememangnya memberikan kesan buruk kepada mental kanak-kanak terbabit dan pelbagai hal negatif lain yang akan dialaminya.

Menerusi laporan United Nations Children’s Fund (UNICEF), antara risiko yang akan dihadapi oleh kanak-kanak yang menonton pornografi, kebarangkalian untuk mereka mengikutinya amat besar.

Tambahan pula, kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun mempunyai otak yang berkembang, maka mereka lebih cenderung untuk mengikutinya.

IKLAN

Anak 5 tahun diajak rakan 4 tahun lakukan aksi ‘jilat-jilat’

Seperti yang dikongsikan oleh seorang penceramah dan penulis keibubapaan di Facebook baru-baru ini, apabila pasangan ibu bapa menceritakan anaknya yang baru saja berusia 5 tahun diajak oleh rakan tadika berusia 4 tahun untuk melakukan aksi ‘jilat-jilat’.

Selepas disiasat, didapati budak berusia 4 tahun itu ingin melakukan aksi lucah tersebut kerana telah menonton video lucah yang ada dalam telefon bimbit ibunya.

Dalam pada masa yang sama, ibu bapa trauma itu juga mengatakan anaknya tidak tahu hal tersebut adalah perkara salah kerana tidak pernah diajar hal-hal seperti itu dan turut berasa kesal dengan pihak tadika sebab tidak memantau anak-anak disitu.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen yang juga merupakan ibu bapa meluahkan rasa takut serta ada juga yang merasakan hal ini terjadi disebabkan sifat tidak bertanggungjawab oleh sesetengah ibu bapa hingga memberi kesan kepada anak-anak.

komen facebook

Diharapkan ibu bapa lebih peka untuk tidak memberikan anak-anak bebas dengan smartphone ni. Pantaulah apa yang mereka lihat dan bermain agar perkara tidak diingini berlaku.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas