Connect with us

Oh! Media

Pemandu Van Dibelasah Seorang Lelaki Sehingga Terbaring

ohmedia kemalangan

Trending

Pemandu Van Dibelasah Seorang Lelaki Sehingga Terbaring

Tidak salah untuk kita belajar seni mempertahankan diri tapi salah jika kita gunakan ilmu itu kepada orang yang lemah. Bagaimanapun, itulah apa yang berlaku kepada seorang lelaki apabila membelasah seorang pemandu van yang tidak berdaya hingga terlentang.

Kejadian kemalangan jalan raya melibatkan Proton Saga dan van di PUJ 3, Taman Bukit Jalil itu berjaya dirakam seorang pengguna jalan raya lain.

Insiden itu dipercayai berpunca apabila pemandu van telah melanggar bahagian belakang kereta Proton Saga terbabit. Akibat tidak berjaya mengawal amarah, pemandu Proton Saga telah bertindak menumbuk tingkap pemandu van tersebut.

IKLAN

Mangsa dilihat tidak membalas serangan lelaki terbabit kerana ketakutan. Suspek kemudian membuka pintu van dan menarik mangsa keluar sebelum membelasahnya. Mangsa yang tidak dapat melakukan apa-apa terbaring di atas jalan.

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh diselesaikan dengan cara baik. Walaupun, mungkin pemandu van itu bersalah sekalipun, tidak semestinya anda diberikan lesen untuk melakukan apa-apa ke atas orang lain.

Kredit: Facebook

+Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas