Connect with us

Oh! Media

Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Meninggal Dunia Pagi Tadi

7ab6cb8a 020a 42ae 8e1b 43e3ac5b41ff

Trending

Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Meninggal Dunia Pagi Tadi

Hari ini arena bola sepak dikejutkan dengan pemergian bekas pemain Kelantan dan Kebangsaan iaitu Abdul Hamid Ramli.

BACA : Tuan Meninggal Dunia, Kucing Setia Menunggu Di Tepi Kubur

Menurut laporan Sinar Harian, Allahyarham yang berusia 69 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 3.24 pagi tadi.

IKLAN

Bekas pemain dalam posisi penjaga gol itu mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia di rumahnya di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian dan perkara ini dikatakan sendiri anaknya, Mohd Zaki Abdul Hamid.

Ayah tidak menunjukkan sebarang perubahan atau tingkah laku pelik, tetapi dia sempat mewakafkan naskhah al-Quran untuk adik-beradiknya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Chat. Salam takziah buat keluarga dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas