Connect with us

Oh! Media

Ada Dakwaan Kata Pemegang Kad UNCHR Tidak Boleh Disentuh?

ohmedia unchr

Trending

Ada Dakwaan Kata Pemegang Kad UNCHR Tidak Boleh Disentuh?

Sekarang tengah kecoh pula tentang budak rohingya dan golongan imigran yang mengutip sedekah di persimpangan lampu isyarat. Situasi ini menimbulkan rasa gelisah rakyat Malaysia selepas tersebar video menunjukkan sikap mereka yang memaksa ketika meminta sedekah.

Berdasarkan video itu, golongan pelarian ini mengutip derma di kawasan berbahaya dan orang ramai berharap agar pihak berkuasa melakukan sesuatu.

Bagaimanapun, memetik laporan Utusan Malaysia, ada yang memaklumkan mereka telah menghubungi pihak berkuasa namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

IKLAN

Ini kerana golongan pelarian itu memegang kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR) dan tiada tindakan boleh diambil ke atas mereka.

Nak pergi Ampang Point tadi pun kena. Hubungi bilik gerakan PDRM diorang cakap tak boleh buat apa, PDRM tidak boleh tahan mereka sebab diorang ni ada kad UNHCR.

Jabatan kerajaan terlibat kena duduk semeja bincang dan cari penyelesaian tentang isu ini. Ke nak tunggu budak-budak tu nak kena langgar baru ada tindakan? Nanti yang melanggar pula dipersalahkan. – Kata sumber Utusan.

Betul ke kita tidak boleh lakukan apa-apa? Jadi adakah kita hanya biarkan sahaja situasi seperti ini berlaku? Diharapkan agar pihak kerajaan melakukan sesuatu sebelum situasi seperti ini menjadi kebiasaan dan menular.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas