Connect with us

Oh! Media

“Guna Paku Untuk Bungkus Makanan Boleh Dipenjara Atau Denda” – DG Hisham

Artikel 3 41

Trending

“Guna Paku Untuk Bungkus Makanan Boleh Dipenjara Atau Denda” – DG Hisham

Sudah menjadi trend di beberapa kedai makan, di mana penjual menggunakan paku untuk bungkus makanan agar bungkusan itu menjadi lebih ‘selamat’.

BACA: Curi Bungkusan Pelanggan Konon Hilang, Lelaki Dipenjara 15 Minggu

Menerusi laporan Kosmo, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada penjual yang menggunakan paku atau bahan yang seumpamanya pada pembungkusan makanan kerana itu merupakan tindakan yang merbahaya.

IKLAN

Menjual makanan yang memiliki bahan terlarang merupakan satu kesalahan

Nasi paku

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, dalam Akta Makanan 1983, ianya adalah satu kesalahan apabila seseorang itu menyediakan atau menjual makanan yang didalamnya mempunyai bahan yang terlarang atau memudaratkan kesihatan.

Mereka yang masih berdegil untuk menggunakan bahan tersebut boleh didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Hukuman yang lebih berat itu boleh dikenakan kepada peniaga sekiranya bahan tersebut ditemui dalam makanan.

KKM mengambil maklum mengenai isu penggunaan paku bagi membungkus makanan yang tular di media sosial serta pandangan pelbagai pihak yang khuatir terhadap kaedah pembungkusan makanan yang tidak selamat.

Bungkus makanan menggunakan paku tidak sepatutnya menjadi trend pada masa kini kerana banyak lagi cara lain yang selamat untuk membungkus makanan dengan kemas dan baik.

DG Hisham juga mengingatkan ibu bapa untuk sentiasa memeriksa makanan yang diberikan kepada anak-anak sebelum makan kerana takut perkara yang tidak diingini berlaku.

Memang bahaya kalau guna paku pada pembungkus makanan. Kadang takut bila dah terlalu lapar, tak perasan ada benda lain dalam makanan, kan bahaya? Semoga penjual makanan akan lebih berwaspada selepas ni.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas