Trending
“Mereka Ibarat Tulang Belakang..” -Ibu Sedih, Tak Sangka Anak Pulang Sebagai Jenazah
Kejadian kemalangan yang berlaku di Kilometer 170 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Cheneh Kemaman, Terengganu semalam telah membuatkan seorang ibu kehilangan dua orang anak lelaki yang merupakan tulang belakang keluarga.
BACA: Kereta Terjunam, Dua Beradik Terseret Lapan Meter Di Jalan Raya
Dua beradik yang menaiki motosikal terlibat dengan kemalangan bersama sebuah Perodua Myvi semalam merupakan anak kepada Zaleha Latiff, seorang ibu tunggal.
Anak yang sering jaga kebajikan pulang sebagai jenazah

Menerusi laporan Kosmo, Zaleha Latiff menyatakan dia terlalu sedih kerana tidak sangka anaknya yang sering menjaga kebajikannya pulang kepadanya sebagai jenazah.
Menurutnya, kedua-dua anaknya itu meminta izin untuk ke sebuah bank berdekatan dengan rumah mereka sebelum kemalangan berlaku.
Mereka ibarat tulang belakang saya untuk meneruskan kehidupan selepas kematian suami 15 tahun lalu. Mereka cuma bekerja kampung tetapi banyak membantu saya menguruskan rumah, malah melayan saya seperti permaisuri.
Setiap pagi, arwah Mohd. Faizal akan menyediakan sarapan dan bekal buat saya yang bekerja sebagai petugas pembersihan.

Kedua-dua mangsa juga selalu menjaga Zaleha ketika sakit dan menyediakan minum petang setiap hari. Arwah juga ada menunjukkan perubahan sikap seperti kerap berjaga malam untuk menunaikan solat tahajud sebelum meninggal dunia.
Kini saya hanya ada seorang anak lelaki di rumah Bandar Seri Bandi, manakala dua lagi termasuk seorang anak perempuan tinggal berasingan di negeri lain.
Jenazah anak lelaki Zaleha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Bandi, semalam.
Semoga Allah beri ketabahan kepada Zaleha untuk menerima pemergian kedua-dua anak lelakinya yang disayangi dengan hati yang ikhlas.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media