Connect with us

Oh! Media

Suami Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Ditahan Polis

c771c5de 9a8a 4c56 964b f6adf2db49fc

Trending

Suami Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Ditahan Polis

Semalam tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki memecahkan cermin kereta isterinya yang ada dalam kereta bersama anak-anaknya.

BACA : (Video) Suami Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Dan Bahayakan Anak-Anak Buat Netizen Geram

Menurut laporan Harian Metro, kelakuan lelaki yang mengugut untuk merosakkan kereta itu sempat dirakam isterinya sebelum membuat laporan polis dan ditahan.

IKLAN

Kejadian berlaku 13 Disember iaitu Isnin lepas pada pukul 10.37 pagi dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir.

Mangsa pada awalnya memandu kereta bersama anak-anaknya sebelum menyedari diekori suami yang menaiki sebuah motosikal. Kemudian, suspek menahan kereta dan mengetuk cermin kereta supaya membuka tingkap kereta.

Suspek memberi alasan memberikan wang kepada anak mereka namun isterinya hanya membuka sedikit tingkap menyebabkan suspek tiba-tiba merentap cermin kereta berkenaan sehingga pecah dan tercabut.

Walaubagaiamanapun, lelaki itu didapati negatif dadah selepas saringan air kencing dibuat. Kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dilakukan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas