Oh! Artis
Senyap-Senyap Kamal Adli Jadikan Uqasha Senrose Sebagai Isteri Sejak Sebulan Lepas?
Berita kedua-dua selebriti ini akan berkahwin sememangnya sudah lama kita ketahui tapi bila ia akan dilangsungkan tidak diberitahu kepada umum. Hari ini, tahu-tahu mereka sudahpun sah menjadi suami isteri sejak 1 bulan lalu. Tahniah buat Kamal Adli dan Uqasha Senrose atas berita gembira ini.
Difahamkan, mereka telah melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup pada 5 November lepas. Kamal sah menjadi suami Uqasha dengan 2 kali lafaz dan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin pada jam 9.39 pagi.
Kamal beri 7 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang daripada pihak pengantin
Memetik laporan Astro Gempak, Kamal menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50. Majlis tertutup ini juga hanya dihadiri 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat mereka berdua.
Pasangan merpati dua sejoli berkenaan juga tampil dengan busana tradisional kain songket berona biru hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Kredit: Astro Gempak | Instagram
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
