Connect with us

Oh! Media

Anak Autisme Mati Dipukul Ibu Bapa Gara-Gara Buang Air Merata

Artikel 4 2911

Trending

Anak Autisme Mati Dipukul Ibu Bapa Gara-Gara Buang Air Merata

Kejadian di Musi Banyuasin, Indonesia, ibu bapa kepada seorang kanak-kanak autisme didakwa mendera anak mereka sehingga meninggal dunia.

BACA: Polis Tahan Pengetua Pusat Asuhan Warga Asing Dera Kanak-Kanak Autisme

Menerusi laporan Utusan, kanak-kanak tersebut berusia 11 tahun didakwa kerap kali dipukul oleh kedua ibu bapanya kerana selalu membuang air di merata tempat.

IKLAN

Ibu bapa pukul dengan paip getah

Autisme
Ibu bapa mangsa Foto Utusan

Sikap mangsa yang sering kali membuang air di merata tempat itu telah mencetuskan kemarahan dan rasa malu pada ibu bapanya terhadap jiran tentangga.

Polis Musi Banyuasin menyatakan, kanak-kanak itu telah membuang air besar pada hari kejadian dan membuatkan ibu bapanya geram dan memukulnya dengan paip getah.

Bapa mangsa turut menendang alat kelamin anaknya sebanyak beberapa kali, manakala ibunya pula memukul kepala kanak-kanak itu menggunakan gayung sehingga dia pengsan.

Pasangan suami isteri itu hanya membiarkan anak mereka pengsan dan kanak-kanak itu hanya dibawa ke hospital oleh jiran yang mengetahui kejadian tersebut.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Keputusan bedah siasat menunjukkan banyak kesan lebam serta luka pada badan mangsa.

Kedua-dua ibu bapa itu ditahan selepas hospital melaporkan perkara itu kepada polis. Ibu bapa mangsa mengaku mereka telah memukul mangsa, namun mereka tidak sangka perbuatan itu akhirnya bawa kepada kematian.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas