Connect with us

Oh! Media

(Video) Polis Cari Lelaki Sepak Penunggang Motosikal, Apakes?

Ohmedia sepak motosikal

Trending

(Video) Polis Cari Lelaki Sepak Penunggang Motosikal, Apakes?

Semalam tersebar video pendek berdurasi 58 saat menunjukkan penunggang motosikal telah disepak seorang lelaki. Kejadian itu berjaya dirakam pemandu lain yang berada di belakang mereka dan ia dipercayai berlaku di Bandar Teknologi, Kajang.

Pada awalnya, suspek lelaki dilihat menyekat laluan penunggang motosikal terbabit dengan kereta sebelum keluar dan menyepak mangsa yang masih di atas motor.

Polis sedang kenalpasti pelaku dan mangsa

Kes ini kemudian mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan yang melihat sendiri bukti rakaman video.

IKLAN

Daripada rakaman tersebut, polis percaya ia berlaku di kawasan jalan raya lampu isyarat Bandar Teknologi Kajang berdasarkan kenyataan daripada perakam video tersebut. Semakan oleh pihak polis mendapati tidak ada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian ini oleh mana-mana pihak atau individu.

Satu laporan polis maklumat pertama (FIR) telah dibuat oleh pihak polis untuk satu siasatan dijalankan bagi mengesan si pelaku dan mangsa.

Untuk pengetahuan korang, kejadian seperti ini boleh disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas mangsa. Pesalah juga telah menyebabkan ketakutan dan kegusaran ke atas mangsa.

Rasanya semua tahu yang sesiapa sahaja yang memulakan tindakan kasar ke atas orang lain boleh dipersalahkan. Untuk kes ini, pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas