Connect with us

Oh! Media

Tak Mampu Tanggung Kos Rawatan, Wanita Cabut 11 Batang Gigi Sendiri

Article 5 7 10

Trending

Tak Mampu Tanggung Kos Rawatan, Wanita Cabut 11 Batang Gigi Sendiri

Sakit gigi merupakan sakit yang tak boleh buat main. Baru sakit beberapa jam, dah tak boleh nak buat kerja. Inikan pula sakit yang bertahun-tahun. Seorang wanita yang sudah tahan sakit bertahun mengambil keputusan untuk mencabut 11 batang giginya sendiri.

BACA: Waktu Yang Tepat Untuk Gosok Gigi Sebelum Atau Selepas Sarapan ? Ini Jawapannya…

Menurut Mstar, Danielle Watts, 42, dari Suffolk merupakan seorang wanita yang menanggung sakit gigi selama bertahun dan mencari jalan penyelesaian sendiri kerana tidak mampu untuk ke klinik gigi swasta. Dia juga tidak berjaya mendapatkan khidmat daripada doktor kerajaan.

IKLAN

Mengalami sakit yang teruk

Article 5 7 10 1

Danielle mengadu kesakitan yang teruk pada gusi dan dia terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap hari bagi meredakan kesakitan itu.

Saya alami masalah gusi yang teruk selama beberapa tahun kebelakangan ini dan ia menyebabkan gigi saya mulai rosak satu persatu.

Hinggakan bila saya tekan sahaja, ia mudah tertanggal. Saya sudah kehilangan 11 batang gigi, dan saya rasa akan hilang semua gigi saya.

Suffolk merupakan kawasan di United Kingdom yang paling susah untuk berjumpa dengan doktor gigi dan memiliki bilangan klinik gigi yang paling teruk.

Mencari doktor gigi

Danielle menyatakan dia tidak sangka begitu sukar untuk dia mendapatkan khidmat doktor gigi kerajaan sehinggalah dia cuba mencarinya. Dia cuba menghubungi semua doktor gigi tetapi tidak ada seorang pun yang sanggup.

Malah ada yang langsung tak jawab telefon mahupun membalas mesej.

Ada antara mereka minta saya hubungi semula dalam tempoh empat bulan, tapi apabila saya hubungi, kisah sama berulang lagi.

Itulah kisah seorang wanita yang menahan sakit gigi selama bertahun. Kuat betul kesabaran dia tahan sakit gigi tu. Untuk korang semua, sama-sama kita jaga gigi dan sentiasa periksa gigi okay? Dekat Malaysia ni banyak klinik kerajaan dan swasta yang boleh kita pergi. Gunakan khidmat ini sebaiknya!

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas