Connect with us

Oh! Media

Vie Shantie Akui Tak Perlu Surat Rentas Ke Janda Baik, Tapi Lain Pula Kata Polis

Janda Baik

Trending

Vie Shantie Akui Tak Perlu Surat Rentas Ke Janda Baik, Tapi Lain Pula Kata Polis

Baru-baru ini, selebriti media sosial, Vie Shantie Khan telah mencetuskan kontroversi apabila bertindak beriadah di Janda Baik tanpa sebarang kebenaran pihak polis.

BACA: Netizen Persoal Vie Shantie Ke Janda Baik Tanpa Surat Rentas Negeri

Menurutnya, Plaza Tol Gombak masih dalam sempadan negeri Selangor dan mengakui tidak memerlukan surat kebenaran merentas negeri.

IKLAN

Katanya lagi, perjalanan ke lokasi riadah di Janda Baik itu hanya mengambil masa 30 minit dari rumahnya.

Whatsapp image 2021 09 20 at 33028 pm 385x600 1

Bagaimanapun, penjelasan yang dibuat telah menimbulkan persoalan netizen oleh kerana kedudukan Janda Baik yang berada di negeri Pahang dan bukannya Selangor.

Polis nafi tak perlu surat rentas negeri

Berhubung dengan perkara itu, polis menafikan kenyataan mengelirukan oleh selebriti media sosial itu yang menyatakan tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar, Janda Baik terletak di negeri Pahang dan bukannya terletak di negeri Selangor.

Perkara tu memerlukan orang ramai dari negeri lain perlu mendapatkan surat rentas negeri untuk perkara yang dibenarkan sahaja.

Kalau berdasarkan kenyataan dia (Vie Shantie) memang salah untuk tujuan riadah tidak boleh daripada negeri Selangor dan kita masih mengguna pakai peraturan rentas negeri seperti sebelum ini.

Walaubagaimanapun, pihak polis akan melakukan siasatan di atas perkara itu sebelum tindakan selanjutnya akan dibuat kepada selebriti media sosial itu.

Saya akan semak dan siasat dahulu sebelum tindakan susulan dapat dibuat.

Menurut Zaiham, pihaknya akan melakukan semakan terperinci terlebih dahulu termasuklah tujuan merentas negeri dan juga lokasi yang terlibat.

Katanya, pihak polis akan sentiasa memastikan masyarakat mematuhi segala peraturan yang ditetapkan termasuklah Prosedur Operasi Standard (SOP).

Kredit: Kosmo! I Instagram Vie Shantie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas