Connect with us

Oh! Media

iPhone 13 Pro Dan Pro Max Dilancarkan, Harga Sehingga RM7,599 Bagi Storan 1TB

B115b720 84d8 41a2 a242 822b3f324320

Oh! Tech

iPhone 13 Pro Dan Pro Max Dilancarkan, Harga Sehingga RM7,599 Bagi Storan 1TB

Sebentar tadi kami ada kongsikan mengenai dua iPhone 13 versi ‘mampu milik’. Jadi, ini pula spesifikasi dua model versi ‘high end’ iaitu iPhone 13 Pro dan Pro Max.

BACA : iPhone 13 Dan 13 Mini Lancar, Harga Bermula RM3,399 Dengan Storan Sebesar 128GB

Apa yang membezakannya dengan versi 13 biasa? iPhone 13 Pro didatangkan dengan skrin sebesar 6.1 inci OLED manakala iPhone 13 Pro Max pula hadir dengan skrin 6.7 inci. Kedua-dua model ini menyokong kadar segar semula 120Hz. Pergh! Terbaik.

IKLAN
2b651e1c 3bda 4f44 a921 388aa45a1391

iPhone 13 Pro dan Pro Max ini juga masih menggunakan tri-kamera iaitu 12 megapixel sudut lebar + 12 megapixel ultra-lebar + 13 megapixel telefoto yang ketiga-tiga sensor ini telah ditambahbaik untuk menyokong mod malam. Dengan adanya sensor LiDAR terkini, ia dikatakan mampu menjadikan kualiti gambar dan video lebih baik. Mod rakaman juga hadir dengan Pilihan Dolby Vision HDR tau. 

Untuk bateri, iPhone 13 Pro dikatakan lebih tahan 1.5 jam berbanding model sebelum ini manakala iPhone 13 Pro Max pula tahan lebih 2.5 jam berbanding model tahun lepas. Kedua-duanya juga masih menyokong pengecasan MagSafe.

B844dd91 16b8 41ed 8702 732e8a705519

iPhone 13 Pro dan Pro Max ini hadir dengan 4 pilihan warna iaitu Sierra Blue, emas, perak dan Graphite. iPhone 13 Pro akan dijual pada harga RM5,299 untuk storan 128GB manakala untuk storan yang paling besar ,1TB pula berharga RM7,199. Bagi iPhone 13 Pro Max pula, harga untuk storan sebesar 128GB akan dijual pada RM4,899 dan untuk storan yang paling besar, 1TB pula berharga RM7,599. 

Kredit: Apple Event

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas